Seorang pengguna Facebook, Mohamad Firdaus, berkongsi sekeping gambar yang cukup membuat netizen berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.
Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak-kotak sehingga lewat malam demi sesuap nasi. Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan dua beranak itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang dihulur kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut. Bapa kepada lima anak berkenaan hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu. Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak berkenaan yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki. Sumber: OhBulan
|
tripleid replied at 28-6-2021 04:50 PM
Skuau replied at 28-6-2021 05:02 PM
kilang ''KAWAN' kat Sgor masih beroperasi lg.....jangan bising....jangan kacau...depa buat covid ...
tripleid replied at 28-6-2021 05:06 PM
Rakyat lega..PN menang rakyat 'SENANG'..
cupu replied at 29-6-2021 01:21 PM
Bodo kan..yg menteri sibuk bg derma dkt palestin...beria ria...bg tak salah.tapi kau pergi check dul ...
rospinki replied at 29-6-2021 01:39 PM
Aku pernah jumpa satu femili dgn anak kecik 4 org sprg tu baby lagi dia letak dlm kotak. Pagitu aku ...
ADVERTISEMENT