Budak perempuan berusia 11 tahun ditemui mati tergantung pada besi katil di biliknya tidurnya selepas dipercayai tidak berpuas hati kerana disuruh mandi oleh neneknya di Taman Tupai Mas, Taiping semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.52 malam semalam. “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kanak-kanak itu dipercayai mengantung diri dalam bilik tidurnya kerana tidak berpuas hati dengan leteran neneknya yang menyuruh dia mandi. “Mangsa menggunakan kain sari yang diikat pada besi katil dua tingkat untuk menggantung diri. “Mangsa dibawa ke Hospital Taiping namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya. Menurut beliau, berdasarkan temu bual dengan nenek mangsa, ibu bapa kanak-kanak itu telah bercerai dan dia dipelihara oleh neneknya.
Katanya, kanak-kanak itu dipercayai seorang yang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu perkara berdasarkan pengamatannya. “Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan patah leher akibat gantung diri. “Tiada unsur jenayah dalam kes ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut ” katanya. Sumber: UTUSAN |
Kitty_catz replied at 30-6-2021 02:57 PM
that's y citer gantung2 or bunuh diri ni media taknak warwar sangat
ni la akibat nya.. takut bebu ...
miszclassique replied at 30-6-2021 03:00 PM
Tapi budak2 now dah maju kehadapan, sorok macammana pun dia akan jumpa jugak kat internet... Kita ...
Kitty_catz replied at 30-6-2021 02:57 PM
that's y citer gantung2 or bunuh diri ni media taknak warwar sangat
ni la akibat nya.. takut bebu ...
dua_chzy replied at 30-6-2021 03:14 PM
Suicidal tendency ni genetik. Ada kaitan dengan mental illness. Bebudak normal / manusia normal ta ...
ADVERTISEMENT