Video berdurasi 20 saat yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu mengenai pasangan remaja bercinta secara jarak jauh mengeletek hati warganet.
Video yang tidak dinyatakan lokasi sebenar itu menunjukkan pasangan remaja yang sedang bercinta menunaikan solat bersama secara dalam talian. Paparan menunjukkan pasangan tersebut solat bersama dengan meletak telefon masing-masing di hadapan dengan membiarkan panggilan video dilakukan. Pasangan tersebut turut bersalaman selepas sahaja selesai menunaikan solat. Video itu berlatar belakang lagu tema telefilem terkenal dari Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goslow.
Seorang netizen, Zainorhisyam berkata, pasangan ini akan membuatkan orang dewasa yang tidak mempunyai pasangan menyesal sepanjang hayat. “Tengok pasangan budak ni romantik betul, siapa yang tiada pasangan lagi akan menyesal seumur hidup. “Ini bukan Ketika Cinta Bertasbih ni, ini nak kena libas dengan tasbih koka kejap lagi ni,” jelasnya. Seorang lagi netizen, Faizal Nazreen pula berkata, harap pasangan ini bahagia dan keimanan mereka berdua kekal ke akhir hayat. “Tengok kepada keimanan mereka berdua, aku rasa sebak dada. Adakah ini cinta sejati yang manusia kejarkan selama ini,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Tak boleh solat Jumaat 'online'
April 6, 2020
SOLAT Jumaat tidak boleh dilakukan bersendirian di rumah dengan diimamkan imam secara dalam talian atau secara langsung di mana-mana medium media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu dilihat tidak munasabah dan tidak menzahirkan sifat solat Jumaat.
Menurutnya, perkara itu mula timbul melalui cadangan beberapa pihak di Eropah dan Majlis Fatwa Eropah melarang perkara terbabit atas beberapa faktor selepas melakukan pembentangan khusus.
Katanya, menerusi surah al-Jumu’ah ayat ke-9 menerangkan perbuatan mendirikan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan awal ke masjid dan lain-lain untuk menunaikannya.
“Jika satu orang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat itu.
“Seterusnya, pendapat ulama bahawa keutamaan asal solat adalah solat Zuhur bersama empat waktu lain, hanya solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat.
“Apabila timbul masalah atau situasi seperti (wabak Covid-19) ketika ini, ia kembali kepada hukum asal iaitu solat Zohor,” katanya dalam satu rakaman kuliah atas taliannya, kelmarin.
Mohd Asri berkata, sekiranya sebahagian pihak menggunakan alasan darurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara atas talian, maka ia juga perlu dilaksanakan kepada lima waktu solat fardu yang lain pada ketika ini dan tidak meletakkan pengkhususan hanya pada solat berkenaan.
“Akhirnya nanti (jika dilaksanakan) orang tidak akan pergi berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung atas talian,” katanya.
Tidak boleh solat tarawih secara dalam talian
ASYRAF MUHAMMAD | | 21 April 2020
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
"Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
"Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah," katanya selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online PPZ-MAIWP dan Penyerahan Sumbangan Tabung Musaaddah Khaira PPZ yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 28 April ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).
Sejak pelaksanaan itu, semua aktiviti dan program di masjid serta surau dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, satu Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan turut bersidang hari ini bagi mendapatkan pandangan para ulama berhubung beberapa perkara.
"Hari ini kita akan lihat pandangan ulama mengenai solat tarawih, nikah online, jarak sosial dalam solat dan sebagainya. Kita nak dengar pandangan negeri-negeri lain berhubung perkara ini," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pertikaian akad bagi bayaran zakat fitrah secara dalam talian, Zulkifli berkata, perkara itu adalah berlainan dengan sistem nikah atau sebagainya.
"Akad zakat ini lebih kepada kita berniat untuk beri zakat dan bila mana kita membuat tindakan (bayaran zakat) itu, maka itulah zakat.
"Di Malaysia kita bergantung kepada prosedur di mana Ulul Amri telah menjelaskan bahawa zakat perlu dibayar kepada badan dilantik oleh kerajaan.
"Bila zakat secara fizikal, kebiasaannya amil akan membaca doa selepas akad dibuat. Oleh itu, dalam sistem online ini, kita akan turut sertakan doa di dalam resit buat para pembayar," katanya.
orion_pax replied at 1-7-2021 10:31 AM
Romantiknya sampai solat pon nak bertiktok bagai..
ADVERTISEMENT