CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2934|Reply: 17

[Tempatan] Makcik tengah confius, nak suka atau nak marah? Budak remaja bercinta solat jema

[Copy link]
Post time 1-7-2021 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Makcik.Kiah at 1-7-2021 09:43 AM

Budak bercinta solat secara online
30 Jun 2021, 9:53 pm


PETALING JAYA – Video berdurasi 20 saat yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu mengenai pasangan remaja bercinta secara jarak jauh mengeletek hati warganet.

Video yang tidak dinyatakan lokasi sebenar itu menunjukkan pasangan remaja yang sedang bercinta menunaikan solat bersama secara dalam talian.

Paparan menunjukkan pasangan tersebut solat bersama dengan meletak telefon masing-masing di hadapan dengan membiarkan panggilan video dilakukan.

Pasangan tersebut turut bersalaman selepas sahaja selesai menunaikan solat.

Video itu berlatar belakang lagu tema telefilem terkenal dari Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goslow.

Seorang netizen, Zainorhisyam berkata, pasangan ini akan membuatkan orang dewasa yang tidak mempunyai pasangan menyesal sepanjang hayat.

“Tengok pasangan budak ni romantik betul, siapa yang tiada pasangan lagi akan menyesal seumur hidup.

“Ini bukan Ketika Cinta Bertasbih ni, ini nak kena libas dengan tasbih koka kejap lagi ni,” jelasnya.

Seorang lagi netizen, Faizal Nazreen pula berkata, harap pasangan ini bahagia dan keimanan mereka berdua kekal ke akhir hayat.

“Tengok kepada keimanan mereka berdua, aku rasa sebak dada. Adakah ini cinta sejati yang manusia kejarkan selama ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2021 09:42 AM | Show all posts
Serius makcik confius
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:43 AM | Show all posts
giler mental bangang budak2 tik tok skrg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2021 09:52 AM | Show all posts
Apakah hukumnya? Mungkin berita di bawah ini boleh dijadikan rujukan. Wallahu A'lam

Tak boleh solat Jumaat 'online'
April 6, 2020



SOLAT Jumaat tidak boleh dilakukan bersendirian di rumah dengan diimamkan imam secara dalam talian atau secara langsung di mana-mana medium media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu dilihat tidak munasabah dan tidak menzahirkan sifat solat Jumaat.

Menurutnya, perkara itu mula timbul melalui cadangan beberapa pihak di Eropah dan Majlis Fatwa Eropah melarang perkara terbabit atas beberapa faktor selepas melakukan pembentangan khusus.

Katanya, menerusi surah al-Jumu’ah ayat ke-9 menerangkan perbuatan mendirikan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan awal ke masjid dan lain-lain untuk menunaikannya.

“Jika satu orang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat itu.

“Seterusnya, pendapat ulama bahawa keutamaan asal solat adalah solat Zuhur bersama empat waktu lain, hanya solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat.

“Apabila timbul masalah atau situasi seperti (wabak Covid-19) ketika ini, ia kembali kepada hukum asal iaitu solat Zohor,” katanya dalam satu rakaman kuliah atas taliannya, kelmarin.

Mohd Asri berkata, sekiranya sebahagian pihak menggunakan alasan darurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara atas talian, maka ia juga perlu dilaksanakan kepada lima waktu solat fardu yang lain pada ketika ini dan tidak meletakkan pengkhususan hanya pada solat berkenaan.

“Akhirnya nanti (jika dilaksanakan) orang tidak akan pergi berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung atas talian,” katanya.
Tidak boleh solat tarawih secara dalam talian
ASYRAF MUHAMMAD | | 21 April 2020



PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan.

Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.

"Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.

"Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah," katanya selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online PPZ-MAIWP dan Penyerahan Sumbangan Tabung Musaaddah Khaira PPZ yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 28 April ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Sejak pelaksanaan itu, semua aktiviti dan program di masjid serta surau dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, satu Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan turut bersidang hari ini bagi mendapatkan pandangan para ulama berhubung beberapa perkara.

"Hari ini kita akan lihat pandangan ulama mengenai solat tarawih, nikah online, jarak sosial dalam solat dan sebagainya. Kita nak dengar pandangan negeri-negeri lain berhubung perkara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pertikaian akad bagi bayaran zakat fitrah secara dalam talian, Zulkifli berkata, perkara itu adalah berlainan dengan sistem nikah atau sebagainya.

"Akad zakat ini lebih kepada kita berniat untuk beri zakat dan bila mana kita membuat tindakan (bayaran zakat) itu, maka itulah zakat.

"Di Malaysia kita bergantung kepada prosedur di mana Ulul Amri telah menjelaskan bahawa zakat perlu dibayar kepada badan dilantik oleh kerajaan.

"Bila zakat secara fizikal, kebiasaannya amil akan membaca doa selepas akad dibuat. Oleh itu, dalam sistem online ini, kita akan turut sertakan doa di dalam resit buat para pembayar," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyahadatlah banyak2 budak
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Solat jemaah korang budak, nda sah pun bah. Tapi bagus jg lah ada effort utk solat..cuma, apa motip korang solat jemaah ar? Pepiling laki bini ka apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Romantiknya sampai solat pon nak bertiktok bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi la budak2 sekarang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 10:45 AM | Show all posts
Perasaan xtahan nak jaid isteri atau suami seseorang

perasaan ingin tahu


bila sudah kahwin lain jadinya


meruah kentut depan muka ko secebis rasa bersalah pun xde

siapa disini pernah dikentutkan pasangan maisng-masing???

cepat mengaku !!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:47 AM | Show all posts
ko solat jemaah dengan hantu ke dek? tak nampak pulak ada saf manusia kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x vangang bukan budak tiktok namanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:41 PM | Show all posts
ABG lagi iseng, nyarik perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo2 je..kang nk membuta video call bukak baju plak..ptuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
berak togeder2 online tarakkkkk? kemainnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:50 PM | Show all posts
orion_pax replied at 1-7-2021 10:31 AM
Romantiknya sampai solat pon nak bertiktok bagai..

apabila agama digunakan utk membalut kemaksiatan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriously??ada org ckp romantik mcm ni?? Benda y mmg sah2 terpesong dan jijik korg ckp romantik?? Sah,buta lah y menyokong dua ekor ni..

Better solat sorg2,boleh ngadu kt Allah lama2 drpd acah2 warok mcm ni..benci betul ai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 01:51 PM | Show all posts
Jenis attention seekers je suka buat benda macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang single, apa yang nak menyesalnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 1.440685 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list