CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri, Jijik 'Terkunyah' Gigi Orang Ketika Makan Fish And Chips!

11-7-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5864| Komen: 46

Seorang wanita di Singapura mengalami pengalaman ngeri lagi menjijikkan apabila ‘mengunyah’ gigi manusia di dalam fish and chips yang dipesannya.

Wanita itu membeli hidangan berkenaan dari sebuah restoran di Hougang Avenue.


Wanita yang tidak disebutkan namanya itu menceritakan, dia pada mulanua bersama seorang teman memesan menu fish and chips di sebuah restoran terkenal.

Ketika memakan ikan tersebut, giginya terasa mengunyah sesuatu yang keras.



Gigi manusia di dalam fish and chips yang sudah berubah kekuningan.

Wanita itu berkongsi gambar fish and chips bersama gigi tersebut di Facebooknya pada 6 Julai.

Namun, dia kemudian memadam hantaran tersebut selepas menerima ganti rugi dan permintaan maaf daripada pemilik restoran berkenaan.

Sebelum memadam hantarannya, wanita itu mengatakan bahawa dia melihat sesuatu yang aneh pada gigitan kedua makanannya.


Dia kemudian mengembalikan makanan tersebut dan ditawarkan makanan lain sebagai gantinya, namun dia berkeras mahukan wangnya dikembalikan.

Wanita itu mengatakan bahawa kaki tangan restoran berkenaan terkejut dengan penemuan tersebut dan mereka segera bertindak mengembalikan wangnya.

Sementara itu, pemilik itu telah menghubungi wanita itu untuk meminta maaf dan mengatakan akan melakukan siasatan dalaman berhubung insiden berkenaan.

Dia mengatakan gigi berkenaan bukan milik dua kakitangannya yang bertugas ketika itu.

Pemilik restoran memberitahu, dia mengesyaki kemungkinan ada unsur sabotaj untuk memburukkan imej restorannya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-7-2021 01:59 PM
teringat cerita senario yang jumpa gigi pelesu kat roti canai
Quote LadyCarefree 11-7-2021 02:05 PM
Mungkin tak dia guna ikan sheepshead pastu termasuk gigi ikan tu LOLLL
Quote mclaren 11-7-2021 02:13 PM
LadyCarefree replied at 11-7-2021 02:05 PM
Mungkin tak dia guna ikan sheepshead pastu termasuk gigi ikan tu LOLLL

Memang gigi ikan tu rupa dia macam pic kat atas tu ke (malas nak google)?
Quote Firenzza 11-7-2021 02:17 PM
Laa apsal terus setel dgn owner resto? Klau saman ni byk dia blh buat duit
Quote Tinot7 11-7-2021 03:01 PM
Camne gigi voley sesat kat situ?
Quote gideoncross 11-7-2021 04:13 PM
nakkomenjugak replied at 11-7-2021 01:59 PM
teringat cerita senario yang jumpa gigi pelesu kat roti canai

Pstu pkcik tu b like "Eh2, gigi aku lh..." lbih kurg cmni haha, pstu dia psg blik dpn org rmai.

Quote any42 11-7-2021 04:17 PM
ggi sape la tu ya ampunnn
Quote salmon-suki 11-7-2021 05:10 PM
X appetizing pn fish n chips dlm pic tu ..urmmm..
Quote nakkomenjugak 11-7-2021 05:12 PM
gideoncross replied at 11-7-2021 04:13 PM
Pstu pkcik tu b like "Eh2, gigi aku lh..." lbih kurg cmni haha, pstu dia psg blik dpn org rmai.

...

hahaha depan2 orang jugakkkk dia nak setting gigi halahhhhh
Quote Artemesiaa 11-7-2021 06:27 PM
Euwww mimpi ngeri bila jadi macam tu.
Quote LadyCarefree 11-7-2021 07:40 PM
mclaren replied at 11-7-2021 01:13 PM
Memang gigi ikan tu rupa dia macam pic kat atas tu ke (malas nak google)?

A ah ikan tu gigi dia macam gigi manusia.
Quote lavendernovella 11-7-2021 10:47 PM
Zaman remaja dulu pernah bancuh minuman malt yang agak popular gak time tu.

Masa minum tu hampir tertelan gigi geraham manusia. Ingatkan gigi sendiri. Puas mengecheck. Tapi bukan. Memang sah gigi manusia.

Masa tu terpk,  memang itu sebahagian ingredient badan manusia ala2 resepi rahsia dalam minuman itu sedap? Atau pelaris? Pekerja aka pesaing sengaja letak ? Orang dibunuh atau terbunuh dalam mesin kilang? Gigi mayat?

Korang rasa?
Quote MontanaHannah 11-7-2021 11:08 PM
Dajjei sungguh laaaa
Quote clarizsa 11-7-2021 11:10 PM
Eeuuwww yucks
Bijak dia minta duit balik
Sbb bnda makan ni kalau kedai offer nak bg baru xyah ambiklah
Nanti lebih dr gigi akan dpt dlm tu (read:kahak)
Quote I.K.A888990 12-7-2021 07:18 AM
adoi ni kang mmg sah2 teringat gigi plasu time lunch nnt
Quote farhana008 12-7-2021 07:35 AM
masa iols makan fish and chips kat SR tbeberepa tahun dulu ternampak bulu mata kat pinggan iols. boleh waiter cakap, nak saya buangkan bulu mata dan iols boleh sambung makan lepas dah buang.
mestilah iols tak nak. sebagai penyelesaian, dia bagi replacement. mujur lah iols bukan jenis nak mengamuk kat tempat awam.nampak bulu mata kat pinggan pun dah geli, apatah lagi gigi palsu
Quote gideoncross 19-7-2021 03:17 PM
nakkomenjugak replied at 11-7-2021 05:12 PM
hahaha depan2 orang jugakkkk dia nak setting gigi halahhhhh

Pstu bini bliau tgur bliau cmni "Eh2, tu kn gg awk?", dia jwp "Eh2, yelh, aaaa" psang gg HAHAHAHA.
Quote gideoncross 19-7-2021 03:18 PM
farhana008 replied at 12-7-2021 07:35 AM
masa iols makan fish and chips kat SR tbeberepa tahun dulu ternampak bulu mata kat pinggan iols. bol ...

Mcm xde je cra waiter tu brckp cmtu kat uol.
Quote gideoncross 19-7-2021 03:19 PM
lavendernovella replied at 11-7-2021 10:47 PM
Zaman remaja dulu pernah bancuh minuman malt yang agak popular gak time tu.

Masa minum tu hampir ...

Boleh jdi jugak, mna thu d gunakn sbgai plaris, who knows. Seram pun ada jugak.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036097 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top