|
Mengibar bendera putih seakan-akan sudah menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akibat kesusahan disebabkan pandemik. Itulah yang dilakukan kanak-kanak ini apabila sanggup memanjat balkoni rumah demi mengibarkan bendera putih.
Kisah meruntun hati ini dikongsikan seorang aktivis kemasyarakatan, Salwa Naidin menerusi satu video pendek yang dimuat naik di TikTok. Menurutnya, aksi tersebut dipercayai dirakam tanpa sengaja ketika dia melalui kawasan PPR itu sebelum bergegas ke rumah kanak-kanak tersebut bersama pasukannya.
Berikutan daripada itu, keluarga kecil ini menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO). Sumber: OhBulan
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 1.535391 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.