Siapa tidak mengenali jutawan internet, Irfan Khairi yang bergelar jutawan di usia 25 tahun. Kini Irfan beroperasi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan aktif berkongsi di platform Tik Tok kepada anak muda. Antara perkongsiannya yang sangat menarik ialah anak muda perlu ke luar negara bagi mencari peluang lebih bagus sekaligus meluaskan pengalaman. Memandangkan ramai pengikutnya bertanyakan mengenai Dubai, maka Irfan, 45 menceritakan lima sebab mengapa anak muda perlu ke Dubai lalu mencipta kejayaan sepertinya.
Sebab pertama ialah banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di Dubai seperti pusat beli belah, pusat hiburan dan lebih 20 taman tema ada di sana. Selain itu, pastinya ia destinasi yang selamat dan mudah mencari makanan halal. Begitu juga dengan cuaca di sana yang hanya tiga bulan sahaja musim panas manakala selebihnya adalah musim sejuk dan kering. Walaupun ramai menganggap kos sara hidup di Dubai tinggi, tetapi sebenarnya ia lebih tinggi lima kali ganda berbanding di Malaysia. Bermakna, jika belanja anda adalah RM5,000 maka pendapatan anda mungkin RM25,000. Sebab yang paling bermakna ialah di Dubai, tiada cukai dikenakan terhadap rakyatnya dan mereka yang bekerja di sana. Di ruangan komen, netizen turut berkongsi cerita mengenai saudara mereka yang bekerja sebagai jururawat di sana. Malahan ada yang berminat untuk turut bekerja di sana. Bunyinya seronok kan? Ada siapa yang mahu bekerja di sana? - CARI |
awanysss: masa aku pergi dulu rasa mahalnyaaaa lahai makanan kat sana..tp yg bestnya semua makanan asia ada kat situ walaupun last last makan texas ciken sajork ...
makiting: Ada sorang ni tgk kat Igs tak pasti anak kerabat dubai kot.. kaya ya amat.. kereta ada 38 buah. Kat Malaysia pun dia ada company kereta kalau tak sila ...
makiting: Ada sorang ni tgk kat Igs tak pasti anak kerabat dubai kot.. kaya ya amat.. kereta ada 38 buah. Kat Malaysia pun dia ada company kereta kalau tak sila ...
chaos_sweetly: Suami sy pernah kerja di Abu Dhabi.Kami satu family pindah sana.Company tanggung semua.Rumah, perabot, transport dan sekolah anak2 semua company bayar ...
anony-mous replied at 16-7-2021 07:52 PM
Perangai india ni pegi mana2 negara pon sama ek. Dkt malaysia ni pon ramai dah komplen india y ...
Rara77 replied at 16-7-2021 11:59 PM
mamat ni bukan tak boleh balik ke?
anony-mous replied at 16-7-2021 07:52 PM
Perangai india ni pegi mana2 negara pon sama ek. Dkt malaysia ni pon ramai dah komplen india y ...
ADVERTISEMENT