Ada pepatah berbunyi, ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Barangkali, peribahasa itu sesuai menggambarkan ‘kebaikan dibalas kebaikan’ yang diterima pelakon Syafie Naswip apabila trofi Festival Filem (FFM) ke-25 yang sudah dijual akan kembali menjadi miliknya.
Menurut satu hantaran status dimuat naik individu bernama yang menggunakan nama Abam Peah dalam Instagram, trofi berharga RM10,000 itu akan dikembalikan semula kepada Syafie. Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memberikan pujian kepada Abam Peah yang juga seorang ahli perniagaan itu.
Terdahulu, Syafie telah berjaya menjual trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diperolehnya ketika FFM25 kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10,000.
|
Fazsemput: Ok la.. 10k for marketing..
LadyCarefree: Win win both sides. Entah ya 10k bagi sebagai bantuan.
ADVERTISEMENT