Makin ramai pihak bersuara mengenai konflik Ebit Lew dan Caprice berhubung misi bantuan di Palestin. Ini termasuklah penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang pernah mencetuskan kontroversi dengan membuat sindiran terhadap pendakwah kesayangan rakyat Malaysia itu.
Malah, Abu juga memuat naik video mengulas mengenai Caprice yang pernah mengkritiknya sebelum ini. Dia juga mendakwa Caprice pernah memfitnah dan melaga-lagakannya dengan seorang pendakwah. "Kalau saya nak saman Caprice ni. saya rasa saya menang dimahkamah, tapi saya tak saman orang yang baik," ujarnya.
Dalam hantaran di Instagram, Abu menyifatkan apa yang berlaku kepada Ebit ketika ini adalah satu 'kaffarah' atas apa yang pernah dilakukan terhadap dirinya sebelum ini. Malah, dia sebelum itu dia memaklumkan akan mengadakan satu sesi live bagi membincangkan isu berkaitan Ebit, Caprice dan Nadir Al-Nuri. Namun, rata-rata warganet dilihat muak dengan tindakan Abu yang disifatkan kebudak-budakan dan meraih publisiti. Cukup-cukuplah mencurah minyak ke dalam api yang membara. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|