CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kau Bagi Ikan, Aku Bagi Sayur'

23-7-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3141| Komen: 15

Kembali kepada sistem barter. Itu kaedah digunakan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut bagi membantu penduduk menukar ikan di Pulau Pangkor dengan sayur pekebun di Cameron Highlands.

Ia merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut, Dr. Hatta Ramli dan pekebun sayur di tanah tinggi itu.


Utusan melaporkan, dengan kaedah itu, pekebun sayur di Cameron Highlands menerima 200 kilogram pelbagai jenis ikan daripada pusat khidmat berkenaan.


SUKARELAWAN membungkus sayur yang tiba dari Cameron Highlands untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Lumut baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata, mereka menukarkannya dengan 2,000 kilogram sayur daripada pekebun di tanah tinggi itu sebelum mengagihkannya kepada penduduk terutama nelayan dan pekebun di kawasan Parlimen Lumut.


Malah, katanya mereka juga menukarkan ikan dengan strawberi.

“Idea tukar barang ini dilaksanakan sejak tahun lalu selepas melihat Pangkor kaya dengan sumber ikan.

“Cara ini relevan ketika kuasa beli pengguna mula menyusut ekoran pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun,” katanya.

Tambahnya, kaedah pertukaran barang itu mendapat reaksi positif daripada pekebun terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan barang keperluan harian terhad di kawasan tanah tinggi itu.

"Dengan cara ini, kami tidak perlu mengeluarkan kos, cuma hanya kos pengangkutan,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 23-7-2021 12:59 PM
Bagus jgk idea ni..takde la kes buang sayur tak laku dlm tong sampah..
Quote gue 23-7-2021 01:14 PM
Bagus.. Jom kitastart barter sistem. Tinggalkan duit kertas riba ni.
Quote CiliPadiSedap 23-7-2021 02:03 PM
Jgn pelik lepas ni kt cameron ada jual ikan bilis mata biru turquise dan ikan bakar lan todak
Quote lavendernovella 23-7-2021 03:22 PM
Semarakkan sistem barter.
Quote Artemesiaa 23-7-2021 03:25 PM
Idea yang bagus elok diperluaskan ke kawasan lain juga
Quote syamzana 23-7-2021 03:25 PM
bagus la dari membazir
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:42 PM
hmm bagus idea ni. elakkan bazir
Quote Illayana 23-7-2021 04:24 PM
Brilliant idea! Baguslah ada inisiatif. Idokla membazir terbuang semua hasil bumi ni.
Quote gigahertz 23-7-2021 07:08 PM
Artemesiaa: Idea yang bagus elok diperluaskan ke kawasan lain juga

kalau i ada durian nak tukar dgn apa?
durian kira kg kan{:run
Quote HappyGumbira 23-7-2021 11:44 PM
very goooodddd
Quote vespa_oren 24-7-2021 05:37 AM
Tempat aku banyak ikan tapi sayur ada gak tapi sayur kampung jelah
Quote dudaberhias 24-7-2021 05:46 AM
CiliPadiSedap replied at 23-7-2021 02:03 PM
Jgn pelik lepas ni kt cameron ada jual ikan bilis mata biru turquise dan ikan bakar lan todak

khennn kaka cili... lepasni tiada lagi ikan bilis rm9.90 sekilo siap kupas dari ganu atau kelantan...

semua premium dari cameron highland gitteww di shopee
tanya seller yang jual dekat shopee dapat dari mana... dia kata dia bela ikan bilis tu dalam air terjun kuala woh.. almaklumlah orang takleh mandi jadi dia ternak dekat situ dulu untuk tidak mengsia2 kan ekosistem camera highland...
Quote Fortiori02 25-7-2021 09:18 AM
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Konsep yg baik utk dipraktikkan kat kwsn2 lain gak.
Quote jiwasemangat 25-7-2021 11:35 AM
..di sini laa peranan orka.. baik betuk dema nii.. solute
Quote Tinot7 25-7-2021 12:01 PM
Semoga dipermudahkan urusan.
Sistem yg baguih dan menguntungkan kedua2 belah pihak

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031014 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top