"Ketika menerima tempahan sehari sebelum insiden itu, saya gelak sahaja kerana fikir mereka main-main (bergurau) bahkan sewaktu menghantar pesanan, perasaan masih bercampur-baur kerana bimbangkan pesanan tidak akan diambil," kata Mohd Nihmathullah Syed Mustaffah.
Mohd Nihmathullah, 57, adalah pemilik restoran nasi kandar dikenali 'nasi ganja' terkemuka di Ipoh terletak di Jalan Yang Kalsom, dekat sini yang menerima pesanan 36 bungkus nasi ganja yang diambil dengan helikopter di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu. Katanya, dia menerima tempahan pada 3 petang Khamis, dan ketika itu dia sudah dimaklumkan pesanan akan diambil menggunakan helikopter antara jam 9.45 hingga 10 pagi keesokannya. "Ketika itu saya gelak sahaja. Malah, saya sempat memberi amaran supaya tidak main-main. Bagaimanapun, nada suaranya serius mahukan pesanan itu.
"Dia juga mengulangi ayat bahawa pesanan akan diambil menggunakan helikopter dan menyuruh saya menunggu ketibaannya di Padang Ipoh, di sini, jam 10 pagi keesokannya. "Saya fikir mungkin dia akan menaiki kereta. Bimbang juga kalau pelanggan itu tidak muncul memandangkan tempahan dibuat tanpa bayaran pendahuluan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Bagaimanapun, katanya, jumlah 36 bungkus masih kecil dan dia masih boleh menjualnya jika pelanggan berkenaan tidak mengambilnya. "Ketika dalam perjalanan ke lokasi fikiran saya masih 50-50. Saya hanya fikir jika pesanan itu tidak diambil dalam masa 10 minit saya akan jual kepada orang lain," katanya. Mohd Nihmathullah berkata, biarpun terkejut apabila perkara yang disangkanya gurauan itu menjadi kenyataan, dia dan menantunya yang menghantar pesanan berlagak seperti biasa. "Tiada apa yang bermain di fikiran saya ketika itu termasuk mengetahui siapa yang menempah pesanan kerana tanggungjawab saya adalah mengambil dan menghantar pesanan pelanggan," katanya. Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah mengambil keterangannya berhubung insiden itu pada malam hari sama. Menurutnya, biarpun insiden itu dilihat sebagai pengalaman pertamanya tempahan diambil menggunakan cara 'paling mewah', namun ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan kerana terpaksa menjawab pertanyaan pelbagai pihak. "Tak larat nak menjawab pertanyaan semua orang termasuk wartawan, rakan-rakan dan sebagainya sedangkan saya tak tahu pun siapa individu di sebalik helikopter itu. "Jika dimaklumkan dengan jelas pesanan akan diambil dengan helikopter, saya boleh hantar terus ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), dan bukannya di Padang Ipoh. "Selepas insiden itu, memang kami menerima tambahan tempahan. Jika sebelum ini kami mendapat 500 bungkus sehari, namun kini mencecah 650 bungkus sehari. "Namun, biasanya hanya sehari dua selepas sesuatu 'insiden besar' keadaan ini (tambahan tempahan) kemudian akan kembali normal," katanya. Sumber: Harian Metro
|
edayildiz: gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ns gnja from ipoh..mayb kedai sama la kot..sdp sg ...
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...
helicornia replied at 25-7-2021 05:07 PM
ada kebenaran rentas dr selangor ke perak ke? yg pasti tkde kebenaran landing kt padang tu
edayildiz: gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ns gnja from ipoh..mayb kedai sama la kot..sdp sg ...
hareeeesah replied at 25-7-2021 06:01 PM
Lain orang lain slerenya kan. To me biasa je kari dia pun tak cukup ummph.. pastu dia ada macam ...
Dollyzzzz replied at 25-7-2021 07:49 PM
Kalau kat ipoh... Org lebih suka makan kat salim.. Kari kepala ikan dia.. Melekat kari kat tangan..i ...
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...
3480 replied at 25-7-2021 06:20 PM
Klu nasi kandaq slalu la mkn wlopon x brpa minat.. tp area kl selangor x jumpak lg yg kena tekak a ...
ADVERTISEMENT