CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Ahli Keluarga Aiman Tino Positif Covid-19, Kesihatan Ibu Merosot Akibat Asma

4-8-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9283| Komen: 51

Ujian buat penyanyi Aiman Tino apabila 10 anggota keluarga termasuk ibu, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusri Ishak dijangkiti wabak Covid-19 sejak 10 hari lalu.

Hazelina, 45, yang dihubungi mStar berkata, dia dan suami bersama lima anak mereka iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Manakala, anak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27 dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan kini menjalani kuarantin secara berasing di Shah Alam.


Foto: IG

Bagaimanapun, Hazelina berkata, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak dijangkiti memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.


"Saya, suami dan empat orang anak saya disahkan positif... kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung, suami dan anak dia juga dijangkiti tapi mereka kuarantin di rumah Shah Alam.

"Hari ini sudah masuk 10 hari kami kuarantin. Saya tak tahu punca dari mana tapi sebelum swab test tu, saya memang ada demam selepas balik dari pekan.

"Selepas itu, suami pula demam selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan positif," katanya.

Terdahulu, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, Hazelina memberitahu biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin namun keadaan kesihatannya semakin merosot disebabkan mengidap penyakit asma.


"Anak-anak dan suami dah baik demam... cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada asma yang teruk tambah pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.

"Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.

"Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena call ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 4-8-2021 04:48 PM
Siannya baby umur sebulan tu pun kena juga ke
Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 04:53 PM
Moga diberi kesembuhan
Quote Sekaisilver 4-8-2021 04:56 PM
Allahhu...
Semoga semuanya cepat sembuh kembali sihat seperti sedia kala...
Quote awenda507 4-8-2021 05:21 PM
Smga cpt sembuh
Quote Kurex 4-8-2021 05:25 PM
Siannya aiman tino.....
Quote abadi84 4-8-2021 05:32 PM
Moga s3mbuh mak aiman. Seram iolss mikir adik bradik berbelas2 tu sape nak jaga
Quote slyfynx 4-8-2021 05:36 PM
"Selepas itu, suami pula demam selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan positif," katanya.


Orang PPV dah dpt info ke tu?
Mende camni yang risau.
Jangkitan tanpa sedar sbb orang sblm kita positif
Quote anony-mous 4-8-2021 05:48 PM
Diaorang mmg duduk serumah ke? Plg kesian baby baru sebulan tu
Quote None68 4-8-2021 05:52 PM
Semoga diberi kesembuhan kepada semuanya.
Quote SyaAnis 4-8-2021 05:58 PM
semoga cepat sembuh..
Quote doubleA 4-8-2021 06:10 PM
Semoga cepat sembuh semua. Adik bongsu eman berapa tahun dah? Still baby2 lagi kan
Quote irsa 4-8-2021 06:14 PM
Bahaya pulak keadaan mak nya tu ada asma. Ada pulak bebi kecik. Semoga diberi kesembuhan buat semua ahli keluarga dik eman
Quote Hanamsm 4-8-2021 06:16 PM
Semoga keluarga Aiman di beri kesembuhan dan ibunya cepat sembuh.
Quote midori_katana 4-8-2021 06:32 PM
Kesiannya.. dah la ada astma.. risiko tinggi tu..
Quote midori_katana 4-8-2021 06:33 PM
slyfynx replied at 4-8-2021 05:36 PM
Orang PPV dah dpt info ke tu?
Mende camni yang risau.
Jangkitan tanpa sedar sbb orang sblm kit ...

Betul kan..aduhai.. naya ja
Quote naina 4-8-2021 06:44 PM
Huhu..semoga maknya kembali sihat dan panjang umur. Ramai tu adik Aiman. Kecik2 lagi..maknya pergi hospital tak. Ada asma tu risiko tinggi
Quote reddots 4-8-2021 07:12 PM
irsa replied at 4-8-2021 06:14 PM
Bahaya pulak keadaan mak nya tu ada asma. Ada pulak bebi kecik. Semoga diberi kesembuhan buat semua  ...

Aah mmg bahaya. Mcm berita baru dr seberang, mak Irwansyah, baru jer meninggal  td pagi sebab covid. Mak nya kritikal sebab bawaan asma.
Ayah plak dah meninggal pada 8 july..pun kena covid.  Cian nya irwansyha baru jer dpt baby bln mac lepas,setelah menunggu 10 taun.
Quote Plain-tif 4-8-2021 07:13 PM
Get well soon
Quote kechikchomel 4-8-2021 07:17 PM
Kesian kat budak2 yg positive. Kawan iolss punya jiran ke sedara ntah. Anak dia baru lahir 3 minggu. Positive. Tapi mak nya negative. Anak dok hospital, tapi mak tak boleh teman.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037336 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top