|
Sepasang suami isteri dipercayai 'memikat' mangsa ke dalam hutan sebelum membunuh dan memakannya dalam satu ritual menyembah syaitan. DailyStar melaporkan Andrei Tregubenko dan Olga Bolshakova yang berasal dari sini mengaku melakukan dua pembunuhan yang berlaku di wilayah Rusia, Leningrad Oblast dan Karelia pada 2016.
Kedua-dua mangsanya berusia 27 tahun yang juga kenalan lama Bolshakova, dipercayai jatuh cinta dengan Tregubenko. Namun, pasukan penyiasat mengesyaki kedua-duanya melakukan banyak lagi pembunuhan. Tregubenko dan Bolshakova yang dipercayai mempunyai dua anak perempuan, pada mulanya ditangkap kerana kesalahan dadah tetapi mengaku melakukan dua pembunuhan dan memakan mayat mangsa.
Media tempatan mendakwa kedua-dua mangsa juga meminati ilmu hitam dan mempercayai suspek tetapi akhirnya mengorbankan diri mereka sendiri. Anak pasangan itu dilaporkan dijaga adik Tregubenko, Knesia yang memberitahu media tempatan bahawa abangnya hanya berminat dengan Satanisme selepas bertemu Bolshakova. Namun, Bolshakova kini menyalahkan pasangannya untuk semua yang terjadi dan mendakwa dia mula menggunakan dadah kerana lelaki itu sering memukulnya. The News 24 mendakwa sebelum bertemu teman lelakinya dan menjalani kehidupan 'syaitan', Bolshakova pernah menjadi penunggang basikal biasa. Kakaknya juga mendakwa Bolshakova membiarkan pasangannya meneruskan kehidupan dengan mengedar dadah, sesuatu yang dia lakukan ketika dia bersama teman lelakinya sebelum ini. Dia berkata: "Olga tidak benar-benar memberitahu saya mengenai masa lalunya. "Dia juga tidak terlalu khuatir dengan anak-anak. Dia menggunakan dadah ketika mengandung dan menyusu," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 1.401001 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.