View: 1272|Reply: 5
|
Suami Isteri Pembunuh- Pikat Mangsa Ke Dalam Hutan Dan Makan Mayatnya
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri dipercayai 'memikat' mangsa ke dalam hutan sebelum membunuh dan memakannya dalam satu ritual menyembah syaitan.
DailyStar melaporkan Andrei Tregubenko dan Olga Bolshakova yang berasal dari sini mengaku melakukan dua pembunuhan yang berlaku di wilayah Rusia, Leningrad Oblast dan Karelia pada 2016.
Kedua-dua mangsanya berusia 27 tahun yang juga kenalan lama Bolshakova, dipercayai jatuh cinta dengan Tregubenko.
Foto: Agensi
Namun, pasukan penyiasat mengesyaki kedua-duanya melakukan banyak lagi pembunuhan.
Tregubenko dan Bolshakova yang dipercayai mempunyai dua anak perempuan, pada mulanya ditangkap kerana kesalahan dadah tetapi mengaku melakukan dua pembunuhan dan memakan mayat mangsa.
Media tempatan mendakwa kedua-dua mangsa juga meminati ilmu hitam dan mempercayai suspek tetapi akhirnya mengorbankan diri mereka sendiri.
Anak pasangan itu dilaporkan dijaga adik Tregubenko, Knesia yang memberitahu media tempatan bahawa abangnya hanya berminat dengan Satanisme selepas bertemu Bolshakova.
Namun, Bolshakova kini menyalahkan pasangannya untuk semua yang terjadi dan mendakwa dia mula menggunakan dadah kerana lelaki itu sering memukulnya.
The News 24 mendakwa sebelum bertemu teman lelakinya dan menjalani kehidupan 'syaitan', Bolshakova pernah menjadi penunggang basikal biasa.
Kakaknya juga mendakwa Bolshakova membiarkan pasangannya meneruskan kehidupan dengan mengedar dadah, sesuatu yang dia lakukan ketika dia bersama teman lelakinya sebelum ini.
Dia berkata: "Olga tidak benar-benar memberitahu saya mengenai masa lalunya.
"Dia juga tidak terlalu khuatir dengan anak-anak. Dia menggunakan dadah ketika mengandung dan menyusu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
wah betul-betul ada realiti ye kes mcm ni.. aku ada tengok cerita horror macam ni pasal ritual juga |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 mat / minah dadah nye prangai |
|
|
|
|
|
|
| |
|