CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sharnaaz Nekad Bersara Dari Dunia Hiburan

25-11-2013 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30696| Komen: 208

      
Sharnaaz Nekad Bersara Dari Dunia Hiburan       

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bakal menjadi naskah terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad kerana dia dikatakan akan bersara selama-lamanya dari dunia hiburan yang menjadi sumber rezekinya sejak lima tahun lalu. Menerusi pendedahan eksklusif yang dibuat Berita Minggu menerusi akhbar sisipan Bi-Pop, Sharnaaz berkata, “selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan mahu bersara”.


“Saya bukan kecewa, tapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. “Paling penting hati ibu bapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” katanya.


Seiring dengan pengumuman persaraannya itu, Sharnaaz merancang untuk kembali bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukannya sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan.


Sebelum ini nama Sharnaaz kerap kali dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak, antaranya kisah percintaannya dengan bekas kekasih, Shila Amzah dan baru-baru ini namanya sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia dikatakan menjadi individu ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim.


Walaupun tidak lagi terlibat dalam dunia hiburan, diharapkan anak kelahiran Pulau Pinang akan sentiasa murah rezeki dan lebih tenang kehidupannya selepas ini.

10

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 25-11-2013 12:31 AM
Sikit je pun kontroversinya.. Any how u choose wisely.. Go back to real estate or oil and gas. Big chances are there
Quote chazey 25-11-2013 12:36 AM
Puih.

Propah.

Macam poremer yang kata tamau berporem tutup akaun lepas gado atau tak puas hati dengan poremer lain tapi lepas itu tak tahan godaan buat banyak2 MN.
Quote chaoyunjie 25-11-2013 12:37 AM
Muka ganas..tp dengan kontroversi yg melanda.....emosi pn menjadi kucar kacir...
kalau aku....aku pn tak tahannnn
Quote caca_eric 25-11-2013 12:50 AM
elok la.. jd org biasa..
pastu carik wife yg sopan2. yg x menggedik sgt..
Quote rosasa 25-11-2013 12:57 AM
alahai...nanti ada lagi buat comeback
Quote beta_carotene 25-11-2013 01:04 AM
berani mati ko nk balik keje oil & gas..
walaupun duit masyuk, pressure kerja very high k..
nak2 jenis panas baran mcm ko.. harus lah ada potensi terjun laut masa kat offshore
Quote hanakikan 25-11-2013 01:06 AM
good bye.. jangan buat comeback sudah la ye
Quote bungalisa 25-11-2013 01:28 AM
Job kurang... Kontroversi memalukan banyak.! Elokla benti... Lagipun..zaman skrg artis tumbuh bagai cendawan... Susah da nak dapat job..! Nak sara diri n.  kluarge lagi..! Xde job ..xde la duit..!
Quote hasniey 25-11-2013 01:29 AM
bgoslah kalo bersara btol2
jgn nnt tetibe kuar statement "saya rindu dunia lakonan"
Quote clarizsa 25-11-2013 01:39 AM
ye ke.. ok je brenti.. rmai lg plakon lain.. huhu
Quote beta_carotene 25-11-2013 01:44 AM
dedolo umie aida pun pernah cakap nk berenti berlakon..
now?? bersepah muka sheols kat tv or filem
Quote jargon 25-11-2013 01:51 AM
Betul ke sharnaz ni ank tan sri bashir ahmad pengerusi penang airport tu  ..?klo btul la mknenye blakon ni skadar partyme lah. ..tp btul ke??
Quote ira_229 25-11-2013 01:57 AM
tapi iol suka jugak tengok dia berlakun.
Quote noraidil_06 25-11-2013 02:02 AM
Jgn la berenti shanaz.plis.
Quote bluecrystal 25-11-2013 07:08 AM
pernah baca cerita dia masa mula2 nak jadi pelakon..rasanya kerja dia dulu dah agak ok, tapi sebab minat nak jadi pelakon dia sanggup berenti..rasanya kalau orang yang betul2 minat nak  jadi pelakon bukan sebab nak populariti mesti rindu nak berlakon balik nanti kalau berenti
Quote espri6006 25-11-2013 07:29 AM
beta_carotene posted on 25-11-2013 01:04 AM
berani mati ko nk balik keje oil & gas..
walaupun duit masyuk, pressure kerja very high k..
nak2 j ...

ha ha...Oil N Gas bukan sekadar offshore jer.....kat Plant pon adooo
Quote mea 25-11-2013 07:31 AM
Sukati hang la....mudahan hang bahgia dunia akhirat...Aamin
Quote beta_carotene 25-11-2013 07:34 AM
espri6006 posted on 25-11-2013 06:29 AM
ha ha...Oil N Gas bukan sekadar offshore jer.....kat Plant pon adooo

ado jugak.. tp pressure tetap sama jah..
nak2 kalo fast track project.. terbalik tertonggeng lah kau..

dlm berita pun dah 2,3 kali rasanya kes engineer oil & gas bunuh bini.. opss..

Quote yipun_78 25-11-2013 07:37 AM
beta_carotene posted on 25-11-2013 01:04 AM
berani mati ko nk balik keje oil & gas..
walaupun duit masyuk, pressure kerja very high k..
nak2 j ...



hahahaha ye gak...

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.222308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top