CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditembak Kawan Sendiri Semasa Berburu

17-8-2021 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2050| Komen: 12

Keningau: Lelaki maut dipercayai tertembak oleh rakannya ketika berburu di kawasan kebun Kampung Sunsuron, Tambunan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat beberapa kesan tembakan di badannya.


Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mangsa dan rakannya yang juga suspek berusia 25 tahun melakukan aktiviti berburu di kawasan berkenaan.

Foto: Harian Metro

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tambunan untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pada hari yang sama dan bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menahan suspek terbabit.


Katanya, polis turut merampas selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, kelongsong peluru dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Hasil semakan mendapati suspek adalah penganggur yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Suspek direman selama enam hari bagi tujuan siasatan. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan mana-mana saksi diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

Sementara itu, Shahrudin menasihatkan penduduk setempat agar mengambil iktibar daripada kejadian itu.

"Aktiviti memburu secara haram dan pemilikan senjata api buatan sendiri jelas melanggar undang-undang yang boleh mendatangkan kecederaan sehingga meragut nyawa.

"Polis sentiasa peka dan mengalu-alukan sebarang maklumat awam untuk membanteras kegiatan ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terutama di kawasan luar bandar," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 17-8-2021 12:50 PM
Bahadi binatang

mmg banyak terjadi dalam kes perburuan

member nampak member itu haiwan buruan
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 01:26 PM
kifarah.
ko buru binatang, berbalik nembak member sendiri
Quote BeastMaster64 17-8-2021 01:30 PM
Malang tak berbau... tapi kenapa sampai ada "beberapa kesan tembakan"
Quote Ayda89 17-8-2021 01:35 PM
Kenapa banyak sgt kes mengerikan tertembak member sendiri masa berburu
Quote Fortiori02 17-8-2021 05:14 PM
'Beberapa kesan tembakan di badan'?

Harap tak ada unsur foulplay dlm kes ni, harap mmg kawannya tu betul2 tertembak, scr x sengaja.
Quote Radzor 17-8-2021 07:44 PM
BeastMaster64 replied at 17-8-2021 01:30 PM
Malang tak berbau... tapi kenapa sampai ada "beberapa kesan tembakan"

Peluru penabur kot
Quote dua_chzy 17-8-2021 07:50 PM
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 01:26 PM
kifarah.
ko buru binatang, berbalik nembak member sendiri

Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raised huntok dibunuh?
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 08:15 PM
dua_chzy replied at 17-8-2021 07:50 PM
Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raise ...

kakaaaaa...
kaka makan rimau gajah tapir atau apa2 binatang exotic ke kakaaa...
Quote dua_chzy 17-8-2021 08:16 PM
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 08:15 PM
kakaaaaa...
kaka makan rimau gajah tapir atau apa2 binatang exotic ke kakaaa...


Jawab dolu soklan kaka.

Btw ingat meka timbak rimau gajah tapir ka? Hewan2 tu tak wujud pun kat hutan Tambunan tu. Sah2 meka buru rusa atau babi hutan ja jika non Moslem.
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 08:25 PM
dua_chzy replied at 17-8-2021 08:16 PM
Jawab dolu soklan kaka.

Btw ingat meka timbak rimau gajah tapir ka? Hewan2 tu tak wujud pun k ...

Yup. Haiwan ternak boleh dimakan.
Quote MrsDiva 17-8-2021 08:35 PM
Takziah utk keluarga mangsa.
Quote sekngucing 17-8-2021 08:46 PM
dua_chzy replied at 17-8-2021 07:50 PM
Kita yang makan ayam sembelih ni camna? Tak ke layak kena kifarah juga sebab makan ayam yang raise ...

bakakuk popular betul di sabah ya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043537 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top