CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Anuar Dimaki Sewel

19-8-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4196| Komen: 18

Menerima makian pelanggan yang tidak berpuas hati dengan sistem penghantaran jualan laksamnya, pelakon, Shima Anuar, 31, menganggap ada ketika tidak semestinya pelanggan sentiasa benar.


Menurut Shima, sebagai seorang usahawan dan menjalankan perniagaan laksam yang kini hampir memasuki tahun kedua, dia tidak pernah berhadapan dengan pelanggan yang merungut mengenai sistem penghantaran.


Foto: IG

“Bermula awal bulan ini, saya dan pasukan sudah mengubah jadual penghantaran laksam dari pukul 2 hingga 6 petang. Sebelum ini kami buat di waktu pagi. Perkara itu juga sudah dimaklumkan dan diuar-uarkan di setiap platform media sosial perniagaan termasuk di akaun saya sendiri.

“Tetapi ada pula pelanggan bersikap sambil lewa dan tak baca mengenainya kemudian bertindak menyalahkan saya dalam hal ini. Ramai yang sudah ambil maklum mengenai hal itu, tetapi individu tersebut sahaja yang tergamak menyalahkan pihak kami.


“Saya pun bukan sehari dua buat bisnes ini sampai cakap saya sewel. Sebenarnya, ada banyak lagi kata-kata yang mengguris perasaan yang ditulis dan dihantar oleh individu tersebut namun tidak saya paparkan dalam Instagram,”katanya.



Shima berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini bagi mengulas mengenai tindakannya memaparkan perbualan teks bersama seorang pelanggan laksamnya yang bersikap biadap semalam.

Selain itu, kata pelakon filem Highland Tower ini, dia juga ada menerima ugutan saman daripada individu tersebut namun mengaku tidak gentar dengan perkara itu.



“Memang pihak saya tidak salah. Malah, ejen yang berurusan dengannya juga sudah memaklumkan waktu penghantaran terbaru kami semasa urusan jual beli itu. Ada buktinya.

“Saya paparkan di Instagram mengenai hal ini juga tanpa memberitahu siapa namanya, nombor telefonnya, tidak letak nama akaun Instagramnya. Orang tidak tahu siapa pelanggan itu jadi kenapa dia nak terasa itu adalah dirinya?

“Tujuan saya muat naik perkara ini di media sosial untuk memberi contoh bahawa ada pelanggan bersikap begini dan diharapkan perkara ini tidak berlaku kepada mana-mana penjual atas talian yang lain,”katanya.

Mahu agar perkara ini dijadikan pengajaran, Shima dalam masa yang sama berterima kasih kepada semua peminat dan pelanggan setia laksamnya yang sentiasa memberikan sokongan selama ini.



“Walaupun ada yang mencari pasal, Alhamdulillah, perniagaan laksam ini masih beroperasi dan berdiri teguh atas sokongan ramai. Saya sedar dalam perniagaan ini tentu ada naik dan turunnya, tetapi tak mahu mudah patah semangat,”katanya.

Dalam pada itu, Shima juga mengaku tidak sabar untuk kembali ke set bagi menyambung penggambaran yang tergendala bersama produksi drama Lelaki Pendosa yang masih berbaki sebulan.



Mengaku dirinya sudah menerima vaksin lengkap, Shima bagaimanapun terpaksa akur dengan arahan kerajaan yang belum membenarkan operasi sektor perfileman dan penggambaran.

“Kami semua tengah menunggu untuk kembali ke set. Jika dibenarkan semula, memang akan sambung kerja yang tergendala. Hati ini terdetik kasihan juga pada rakan-rakan kru produksi yang terpaksa melupakan sebentar kerja ini.




“Berdoalah agar semuanya dipermudahkan-Nya,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 19-8-2021 09:24 AM
Jap, ni marketing strategi ke ape ni?
Actually untuk masa penghantaran, kalau bulan pose boleh le faham hantar petang.
And masa delivery tu ade inform x mase bukak order?
BTW, adat la berniaga, mesti ade yang x puas hati.

Tp, nape la aku dok fikir ini strategi je, nk suruh orang bukak artikel pasal die, and in a way, org akan tau pasal laksam ni. And kesian sbb die kene maki, maka ramai2 membeli?
Quote Kurex 19-8-2021 09:27 AM
Marketing je ni. Sebab dia bukan popular. Aku pun tak kenal. Terpaksa buat marketing murahan mcm ni
Quote Asdira 19-8-2021 10:15 AM
Sedap sgt laksam dia?
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:21 AM
haa dah banyak sangat cara marketing viral
ko betul kena (mungkin?) maki pun dah dicop gimik marketing
bertabah ler
Quote Ciktiekus 19-8-2021 11:14 AM
Siap lif dlm ghumah..ko haderr
Quote enot_sibudak 19-8-2021 12:02 PM
laki dia mcm berusia.. dia binik bernombor ker.. mcm kaya btul laki dia... nk kata dia kencang berlakon.. nan hadoo jer
Quote amyza82 19-8-2021 12:16 PM
Bukan dah ada yg pernah tulis sblm ni ckp laksa minah ni x sedap, tapi still bertahan pula
Quote winky1 19-8-2021 12:23 PM
Yes, she notified earlier psl chg of delivery time... Saya ada terbaca.. Sbb suka laksam saya selalu jengok ig dia. Pasal laksam tak yah nak saman2..dan tak perlu lah kata org sewel.
Quote jalfa 19-8-2021 12:26 PM
Org tu maki dm ke..ko bgtau semua org kena maki kenapa..choyyyyy
Quote Rara77 23-8-2021 12:30 AM
marketing
retis sendu sedan
apsal aku nampak dia nih poyo gigih usahawan?
aku nampak dia nih mcm queen kontol laki dia nyah
Quote hareeeesah 23-8-2021 01:40 AM
enot_sibudak replied at 19-8-2021 12:02 PM
laki dia mcm berusia.. dia binik bernombor ker.. mcm kaya btul laki dia... nk kata dia kencang berla ...

Bukan bernombor chuolls.. tp lakinya duds bisnesman ada memacam company, banyak juga bisnes lakinya.. dapat jerung harus tunjuk.. podium pencala tu laki sheols punya juga
Quote miss_perfect 23-8-2021 01:50 AM
"Saya paparkan di Instagram mengenai hal ini juga tanpa memberitahu siapa namanya, nombor telefonnya, tidak letak nama akaun Instagramnya. Orang tidak tahu siapa pelanggan itu jadi kenapa dia nak terasa itu adalah dirinya?"


Bukan kat chat tu ada tulis nama customer tu ke?? Berapa ramai org kat Malaysia ni ada nama Luziyanah tu.
Kalau kawan2 puan tu baca tau la siapa. Lain la nama Puan Bedah ke Puan Salmah ke Puan Sharifah ke which are common names...
Quote enot_sibudak 23-8-2021 08:31 AM
hareeeesah replied at 23-8-2021 01:40 AM
Bukan bernombor chuolls.. tp lakinya duds bisnesman ada memacam company, banyak juga bisnes lakiny ...

fuhhhh..klu iols xda nya nk hadap laksam penat2 klu gitu punya kaya... hahahahah
Quote pearl.silver 23-8-2021 09:57 AM
enot_sibudak replied at 23-8-2021 08:31 AM
fuhhhh..klu iols xda nya nk hadap laksam penat2 klu gitu punya kaya... hahahahah

Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan
Quote fadz84 23-8-2021 10:01 AM
pearl.silver replied at 23-8-2021 09:57 AM
Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan

Bp ringgit sebekas tu? perasan screenshot customer tu wlpun marah siap puji soto ayam sedap.. ehehe
Quote hasniey 23-8-2021 10:13 AM
Customer salah sebab maki tp betul la dia marah tu,kenapa masa awal2 org tu order xconfirm masa delivery?bukan semua org telek ig dia
Ai paling xsuka seller mcmni..buat kita trtunggu2
Ada sorg seller ai tanya baik2 boleh x delivery time lunch or before?kalau xboleh ai xnak order..dia ckp xjanji tp akan diusahakan..paling lambat 1:30 smpai katanya
Ok lah..ai dh byr
Igtkan lg jgn lambat2 nnt xde org kt rumah..terus dia perli2 ckp bukan dia boleh kawal roadblock la jem la...ehh ko ni...org tanya kot td..buat sakit hati je
Quote enot_sibudak 23-8-2021 11:08 AM
pearl.silver replied at 23-8-2021 09:57 AM
Org yg beli laksam dia pun bukan org biasa2 kot
Harga kayangan

rm15 kan.. hahahahaha... mahai nau la.. tp ok la rega standard sna..
Quote Cik_jantung 26-8-2021 07:52 AM
Laki dh kaya nk penat niaga watpe.. ambik je la elaun bulan2 dgn laki tu.  Tak pun bukak butik jer. .. gituu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062206 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top