CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cacah Tatu 'Pas Hijau', Lepas Ni Imbas Sijil Vaksin Di Lengan Je!

21-8-2021 09:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3486| Komen: 20

Seorang pelajar berusia 22 tahun di Itali mencacah tatu dengan imej kod QR sijil vaksin Covid-19 di lengannya.

Andrea Colonnetta berkata, dia tidak berfikir panjang untuk mendapatkan tatu berkenaan selepas berbincang dengan pelukis tatu, Gabriele Pellerone.



Kredit foto: Khaleej Times

"Ia adalah sesuatu yang asli dan saya suka tampil berbeza," katanya kepada akhbar Calabria.

Kini, pada lengannya terdapat kod QR yang juga pas hijau rasmi dikeluarkan kerajaan Itali.

Pas berkenaan adalah bukti status berkaitan Covid-19 sama ada sudah menerima vaksin, baru sembuh daripada jangkitan Covid-19 atau disahkan negatif dalam tempoh 48 jam.


Sejak 6 Ogos lalu, pas berkenaan diperlukan untuk memasuki beberapa lokasi awam seperti panggung, muzium atau restoran.

Colonnetta yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 mengakui ibu bapanya kurang memahami tindakan yang dibuat.



"Mereka meminta saya supaya berfikiran jauh sebelum melakukan sesuatu," katanya.

Satu video di media sosial menyaksikan Colonnetta memasuki restoran McDonald's dan mengangkat lengannya serta mengambil gambar tatu di lengannya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-8-2021 09:12 PM
It works
Terer pelukis tattoo ti ti ta ta



Quote RatuDunia94 21-8-2021 09:27 PM
Kenapa x cacah kat dahi je terus.. lg senang
Quote helicornia 21-8-2021 09:29 PM
soalan aku, mmg bole scan ke?
Quote batmana 21-8-2021 09:32 PM
Kalu satu hari berkurap kulit tu .abisla xleh scan
Quote nikaido 21-8-2021 09:32 PM
Kalau betul, power gakla pelukis tatoo tu buat sampai boleh detect
Quote Ayda89 21-8-2021 10:02 PM
Woawww ….
Quote white_musk 21-8-2021 10:08 PM
Boleh wajibkan di malaysia juga untuk memudahkan
Quote kemaruk 21-8-2021 10:18 PM
bangkem ingat dia buat tatoo logo PAS
Quote Tinot7 21-8-2021 10:34 PM
Tahun depan mmg pakai qr code sama yachh?
Quote bluebutter 21-8-2021 11:47 PM
helicornia: soalan aku, mmg bole scan ke?

Kan ada video tu. Boleh scan.
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 11:55 PM
kalo pakai tattoo qr code guna tattoo chewing gum boleh?

Quote cucutokwan89 22-8-2021 12:01 AM
Fun fact: org yg buat tatu kena tunggu at least 6 bulan sblm boleh derma darah
Quote edayildiz 22-8-2021 12:10 AM
pernah crush kat laki byk tatoo kt lengan dua belah tgn...saja jer nk bgtau
tp teror la kalau bethol blh scan
Quote melinda_kerr 22-8-2021 12:11 AM
Hahah.. tk bolehke guna sync microchip yg ada dalam bdn dgn scanner
Quote diamond_intan 22-8-2021 01:57 AM
Kalau kene cucuk 3rd dose..sijil updated. QR code berubah ke tak eyh?
Quote spicygirl3 22-8-2021 10:44 AM
Wah senang la gitu eh
Quote Olumis 22-8-2021 01:34 PM
Good idea. Pelukis tu mmg berbakat
Quote najib888 22-8-2021 03:05 PM
helicornia replied at 21-8-2021 09:29 PM
soalan aku, mmg bole scan ke?

boleh.. instead of tattoo, kalau kau pandai kait guna benang & rajin, boleh je kau kait QR code sendiri.. letak kat baju..or jahit di beg..

https://www.instructables.com/QR-Code-Love-Note-Needlepoint/
Quote cikkilata 22-8-2021 07:35 PM
Kalau someday ade penyakit and perlukan MRI.. abes la...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034852 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top