CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda Bukan Lembu Atau Kuda Ambil Ivermectin

24-8-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2757| Komen: 17

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas selepas kebanyakan penduduk di Mississippi mengambil ivermectin untuk merawat atau mencegah Covid-19 walaupun ia biasanya digunakan terhadap parasit pada haiwan ternakan.


“Anda bukan lembu atau kuda. Tolong hentikan pengambilan ubat itu,” tegas agensi tersebut.


Gambar hiasan

Gesaan itu dibuat selepas Jabatan Kesihatan Mississippi menyuarakan kebimbangan berikutan lebih 70 peratus panggilan kecemasan yang diterima pusat keracunan negeri itu baru-baru ini melibatkan kes pengambilan ivermectin yang dibeli di pusat bekalan haiwan ternakan.


Pengawai kesihatan negeri, Thomas Dobbs memberitahu beliau menerima laporan tentang individu yang mengambil ubat itu kononnya sebagai ‘langkah pencegahan’.

“Ia sememangnya tidak masuk akal. Tolong jangan buat begitu,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan memaklumkan 85 peratus pengadu mengalami gejala ringan dan seorang individu turut disarankan untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana pengambilan dos secara berlebihan ubat ivermectin.


Gambar hiasan

Sebelum ini, Institut Kesihatan Kebangsaan mengesahkan tiada bukti menunjukkan keberkesanan ivermectin boleh digunakan untuk merawat Covid-19.

Difahamkan, Mississippi mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi dan vaksinasi paling rendah dengan hanya 45.1 peratus menerima dos pertama berbanding 60.5 peratus secara purata di peringkat kebangsaan. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 24-8-2021 10:27 AM
ni yg mp ph esp mat sabu beria suruh rakyat telan iver? dia ingat rakyat ni lembu ker? dahlah dulu tun suruh buat kandang lembu untuk pelancung....haha
Quote Hizert 24-8-2021 11:01 AM
Anda juga bukan kambing untuk terus menerus disuntik.
Quote zorrro_03 24-8-2021 11:41 AM
zamzam replied at 24-8-2021 10:27 AM
ni yg mp ph esp mat sabu beria suruh rakyat telan iver? dia ingat rakyat ni lembu ker? dahlah dulu t ...

yang tukang suruh tu lah lembu.  masyabu dan carslid laknat tu...  
Quote manzilla 24-8-2021 12:21 PM
"Ingat kita ni ayam ke nak cucuk-cucuk," - Diknah, 2021.
Quote Dwdrum 24-8-2021 01:17 PM
manzilla replied at 23-8-2021 08:21 PM
"Ingat kita ni ayam ke nak cucuk-cucuk," - Diknah, 2021.

Ayam sekarang masih di cucuk kah sis.... Sekarang depa di beri minum saja....

Sudah tahu diri manusia kenapa masih ambil ubat dan dose untuk lembu dan kuda?.
Quote awanysss 25-8-2021 09:49 AM
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..

pastu kawan aku askar pun ckp benda yg sama..

lg sorang kenalan aku keje farmasi pun ckp benda yg sama.. kerajaan tarik balik semua stock dr kedai2, tp dorang jual underground..

aku pun tak tahu la cane.. ada yg dah masuk spital, pastu makan di sorok2, pastu terus dpt discaj..
meols pun mcm dah percaya dgn iver ni.. tp belum consume lg
Quote domestobot 25-8-2021 09:57 AM
kalau boleh percaya ubat parasit haiwan, kenapa tak boleh percaya vaksin untuk manusia?
Quote brego 25-8-2021 10:30 AM
Quote zamzam 25-8-2021 10:34 AM
awanysss replied at 25-8-2021 09:49 AM
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..


Kalau pun iver ni mujarab sampai kkm approved so kalau jd apa2 boleh sue kerajaan. Xder ler mati katak jer.
Quote Minami2013 25-8-2021 10:57 AM
Iver pun kalau ambik ada side effect juga.
Quote toxicated 13-2-2022 10:51 PM
awanysss replied at 25-8-2021 09:49 AM
cerita dia skrg ni, baru2 ni aku jumpa doktor kat tempat aku,
dia kata dia pun makan iver ni..


Bukan ke najib pun telan ni ke pernah je kantoi dkt fb post dia dlu. Then lepas tu dia ganti dgn pic lain.
Quote R2D2 13-2-2022 11:01 PM
thread pasal pembangkang desak Ivermectin
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1261746

banyak media sosial dah tak ckp dah pasal Ivermectin
tak sure kalau lambakan stok yg beli tu dia org dh habis jual

sekarang ni asal ada kematian je
soalan yg ditanya 'ada ambik booster ka?'
kalau YA
tu la akan disebut2 kenapa si polan meninggal
hatta mati accident pun disalahkan booster
Quote HannahMuntanah 14-2-2022 09:01 AM
[youtube]CFsEKHNjYOA[/youtube]
Quote capiloton 16-2-2022 01:16 AM
Edited by capiloton at 16-2-2022 01:33 AM

kesian aku tengok cipel di malaysia nih,
dia punya bendul lain macam
saintis jepun yang cipta ivermectin ni pemenang NOBEL PRIZE

korang ingat cipta ubat untuk haiwan ni boleh menang nobel ker?
ivermectin dia terbukti melalui peer review di kalangan medic n saintis.

yang korang cocok air air suci tu, pengasas dia pun takde sape yang tahu,
kandungan pun tak tahu, peer review di kalangan akademik/saintis lagi la tak ade

ni artikel buat cipel yang ada english edukesyen
https://www.nobelprize.org/prizes/medicine/2015/press-release/
Quote capiloton 16-2-2022 01:19 AM
sheeple-sheep.gif
Quote capiloton 16-2-2022 01:41 AM
photo_2022-01-07_00-48-01.jpg
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 01:45 AM
The Lord is my shepherd; I shall not want

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.604630 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top