Sebelum ini kecoh apabila seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dipecat gara-gara menolak suntikan vaksin. Dia juga bakal kehilangan wang pencen yang layak diterima.
Menurut berita, anggota tersebut, Wan Ramli dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengatakan dia mempunyai hak untuk menolak kerana perkara itu belum diwajibkan secara sepenuhnya pada petugas barisan hadapan. Mendengar berita tersebut, Rita Rudaini yang sebelum ini turut menolak vaksin memberikan reaksi. Kata Rita, perkara ini memang tak patut langsung berlaku. "Makin gila, makin kejam dan makin jauh sangat manusia-manusia ni. Moga Allah balas segalanya kepada mereka yang bertanggungjawab aniaya Sjn Wan Ramli dan mereka yang mengecam dan mengutuk beliau. Jasa selama 19 tahun tidak dipandang???, tulisnya melalui Instagram. Pelakon ini juga berharap agar pihak yang bersikap tidak adil ini akan diberikan balasan yang setimpal. Sis dah bersuara tu. Hangpa tak taku ka? -CARI |
Kurex: Baik kau risaukan diri kau yg takde job tu
mawardia: Tapi dia nampak senang yah wpun takde job. Business apa she ols ni agaknya.
manehnya replied at 25-8-2021 11:10 AM
Makan duit ex bagi yg seketul tu laaa... Kan
ADVERTISEMENT