Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.
Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa gambar digunakan Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan. Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel. Dia yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album.
Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS). Namun, peguam Elden, Robert Y Lewis berpendapat, kepingan dolar AS yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan 'seperti buruh seks'. Kes undang-undang juga menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat, tetapi perjanjian itu tidak disahkan. Elden mendakwa identiti sebenarnya dan namanya sering terkait dengan eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur. Sumber: Sinar Harian
|
Skuau replied at 26-8-2021 01:17 PM
Abum wajib beli....semua lagu best....
JohnyEnglish replied at 26-8-2021 01:46 PM
takkan mak bapak kau x tau diorang pakai gmbar kau.takkan pakai ambik dr gogle jah.mesti mak kau dh ...
alesandra replied at 26-8-2021 02:03 PM
kenapa xnak saman label juga...david geffen ke hapa. cover tu bukan ke termasuk dari decision dari l ...
mclaren replied at 26-8-2021 02:27 PM
Tak semestinya all covers mesti authority nya from labels. Contoh macam Appetite for Destruction ...
ADVERTISEMENT