CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kualiti Sistem MySejahtera Dipersoal, Didakwa Lewat Kemas Kini Maklumat Individu Positif

27-8-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2252| Komen: 13

Kualiti sistem MySejahtera dipersoal berikutan aduan orang ramai berhubung masalah penggunaan aplikasi berkenaan.

Antara masalah dihadapi pengguna adalah kelewatan mengemas kini maklumat individu yang positif Covid-19 sehingga menyukarkan penilaian pemantauan gejala dilaksanakan dalam tempoh 10 hari.


Seorang pengguna dikenali Muhammad Hazwan memberitahu Utusan Malaysia, dia disahkan positif Covid-19 pada 16 Ogos lalu selepas menjadi kontak rapat kepada indvidu lain yang bergejala.



Katanya, sebaik sahaja keputusan ujian reaksi berantai polimerase (PCR) diterima, dia mengemas kini maklumat di aplikasi berkenaan bagi melakukan penilaian pemantauan di rumah memandangkan hanya mengalami gejala ringan.


“Namun, sehingga hari kelima menjalani kuarantin di rumah, status di aplikasi Mysejahtera saya tidak berubah dan kekal sebagai ‘kontak rapat bergejala’ selain tidak dihubungi mana-mana petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

“Status saya hanya berubah sebagai kes yang disahkan positif selepas hari keenam saya menjalani kuarantin.

“Ikut pengiraan, saya sepatutnya selesai menjalani kuarantin 10 hari  semalam. Namun selepas saya ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk pemakluman pelepasan, petugas di situ meminta saya terus kuarantin sehingga 2 September ini seperti maklumat yang terdapat di Mysejahtera,” katanya di sini hari ini.

Tambah Muhammad Hazwan, kelewatan kemas kini yang dilakukan aplikasi berkenaan menyukarkan penilaian dilakukan.

Katanya, lebih membimbangkan apabila dia perlu tinggal serumah bersama isteri dan anak berusia tiga tahun yang negatif.

“Tiada masalah untuk menyambung kuarantin di rumah, tetapi bila lewat kemas kini maklumat seperti ini, bagaimana saya hendak tahu keadaan saya sama ada benar-benar sihat dan virus berkenaan tidak akan disebarkan kepada orang lain.

“Difahamkan,  masalah ini bukan terjadi pada saya seorang tapi ramai individu lain mengalami perkara sama seperti saya,” jelasnya.

Pada 15 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aplikasi MySejahtera akan memberi pemakluman kepada mereka yang disahkan positif COVID-19 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ‘Push Notification’ yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

Beliau berkata, pembaharuan dibuat dalam aplikasi itu bagi individu berkenaan juga mendapat nasihat serta pelan susulan penilaian kendiri.

Katanya, aplikasi MySejahtera juga memberi peringatan kepada pengguna setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala COVID-19 di bahagian ‘Perlu dilakukan’ dalam tempoh 10 hari berturut-turut. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 27-8-2021 11:52 AM
Itu dia sistem 70 juta ye tuan tuan dan puan puan
Quote Normabaru 27-8-2021 01:03 PM
sistem food panda dgn grab lg helokkkk….order je sampai order je sampai..ssh2 bg jela apps developer sistem ni yg handle..kkm selow sgt..bkn ssh mana..tiru jela sg punya…
pffttt
Quote 7doors 27-8-2021 01:23 PM
Notification pun xda kn...iena cek manually
Quote edayildiz 27-8-2021 01:25 PM
kdg masa scan lambert detect tu salah apps ni jgk ke? geram tau kalau ada org kt blkg..mula la buat hal tak nk detect..dah la i cpt gelabah kalau ada laki hensem kt blkg
Quote Fortiori02 27-8-2021 01:59 PM
Kesian. Dahla positif covid, sistem mysejahtera lak tak membantu. Patutnya tujuan sistem spy pengurusan jd lbh efisyen & memudahkan pengguna, ni lain yg jd.
Quote caprut 27-8-2021 02:05 PM
Okay la KJ jadi menteri kesihatan. Huhu
Quote gelongbilal 27-8-2021 03:04 PM
No ic kat aplikasi mysejahteta silap. Dah report helpdesk mysejahtera beberapa kali tapi sehingga sekarang tak betulkan. Kesannya, status masih belum divaksin walau hakikat sebenar dah complete 2 dos. Camne tu. Macam tak efisyen je helpdesk ni.
Quote Thunderclouds 27-8-2021 03:09 PM
Sama mcm kes shuben i la ni. Dh abeh kuarantin kaler masih merah kt mysejahtera. Helpdesk kt app tu pn xmbantu. Bos bising suruh masuk keja. Tp selagi menda tu kaler merah guard mmg xbg masuk tpt keja.
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 03:49 PM
kadang2 mysej macam syial tak boleh detect scan qr code
terpaksa guna selangkah
Quote I.K.A888990 28-8-2021 02:06 AM
setuju betul
kawan i bengang giler psl ni
Quote Ismacun 28-8-2021 09:32 PM
Memang lembab gila pun... dah habis kurantin 10 hari pun..status masih merah je.. nak dkt sebulan br normal blk.. kejadahnya apps juta2 mcm line internat gak..cam hanattt
Quote chandrahusin 29-8-2021 08:50 PM
yg dh complete 2dose pun dh berbulan belum update dlm MySejahtera katanya
Quote pyropura 29-8-2021 09:01 PM
mySengsara
mySerbacacamerba
Acik aku daftar vaksin manual isik borang kat klinik kampung lebih cepat dapat vaksin & boleh pilih tempat Ppv. Notify pakai Sms suh check kat Vaksincovid je.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042333 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top