Cabaran kerja dari rumah turut dilalui golongan selebriti antaranya Misha Omar yang berdepan pelbagai ujian ketika melakukan rakaman nyanyian di rumah.
Misha atau nama sebenarnya Samihah@ Aisah Omar yang juga salah seorang peserta program amal CovAiD #BaikSemula berkata, kediamannya berdekatan jalan raya sehingga terpaksa melakukan beberapa kali rakaman. "Sebenarnya cabarannya besar sekali sebab selalunya kita cuma bawa instrument kita iaitu suara untuk rakam. "Tapi sekarang kita susun sendiri semuanya. Saya pula tak pakai nak potong rakaman... saya kena belajar. Maknanya satu lagu tu, dari awal dan akhir. "Bayangkan rumah tepi jalan, banyak gangguan dari bunyi kenderaan di luar. Tengah rakam lagu, masuk bunyi lain juga. Terpaksa rakam lagi sekali.
"Kadang-kadang dah nak siap rakaman lagu itu tapi terdengar, jiran bawah rumah bergaduh pula. Itulah cabarannya," kata Misha kepada mStar.
|
Megikari replied at 30-8-2021 04:18 PM
Ok la tu, bukannya tiap2 hari pun kena rakam lagu kan. Kalau cikgu2 yang kena rekod video or buat gm ...
timah03 replied at 30-8-2021 04:25 PM
Saja nak busybody... Knp dia tulis kat bio yg dia bini pertama erk....
fry replied at 30-8-2021 02:16 PM
dia ni jenis muka x pyah makeup sgt..jelita...kalau makeup dia jd derita...ehh..kalau umah jenis eko ...
ADVERTISEMENT