CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tikam Banyak Kali, Dia Bunuh Anak Saya Macam Anjing Sampai Hancur Muka'

30-8-2021 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3704| Komen: 17|Original author: Oleh: lilrose

Seorang remaja di Argentina dibunuh teman lelakinya selepas memaklumkan kehamilan anak mereka.

Kematian pelajar, Lucia Fernandez, 15, dipercayai mati akibat kepalanya dihentam beberapa kali dengan batu selain lebih 12 tikaman pada leher dan perut.


Media tempatan, TN melaporkan rakan sekelasnya berusia 14 tahun dipercayai membunuh Lucia pada Selasa di Mendoza selepas dia memberitahu hamil anak remaja lelaki itu.


'Tikam Banyak Kali, Dia Bunuh Anak Saya Macam Anjing Sampai Hancur Muka'


Bapa Lucia, Fabian Fernandez kesal dengan insiden berdarah itu yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Dia bunuh anak saya macam anjing, tikam dia banyak kali dan pukul muka sampai hancur," katanya dalam portal Daily Star.

Sebelum kejadian, suspek didakwa mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah terbiar sebelum dia dibunuh kejam dengan tikaman antara 10 dan 15 kali.


Remaja itu dilaporkan meninggalkan mayat Lucia di rumah berkenaan dan melarikan diri.

Lucia ditemui jirannya 20 minit selepas insiden itu namun remaja itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Bedah siasat mendapati Lucia mengalami pelbagai kecederaan akibat dipukul dan ditikam di seluruh badan namun kematiannya berpunca daripada luka akibat tikaman yang dalam pada perut.

Pembunuh Lucia ditemui selepas saksi memaklumkan polis melihat rakan sekelas remaja itu berhampiran rumah terbiar berkenaan pada waktu insiden berlaku.

Polis menahan remaja itu yang mengaku melakukan pembunuhan itu selepas Lucia memberitahu dia hamil anaknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-8-2021 02:21 PM
Mak aiiii.. Ni overkilled dah.
Quote Olumis 30-8-2021 02:34 PM
Kejamnya... mendapat la bila masuk ke dalam nnt
Quote whitebeard 30-8-2021 02:36 PM
Argentina ni 15 tahun muka nampak budak lagi ye
Tak macam budak budak amarika 15 dah nampak macam orang tua
Quote Aikiko 30-8-2021 03:06 PM
Palatao punyer boyfren...sampai lunyai anak orang dikerjakanyer
Ini bukan boyfren ini b*** lagi dahsyat dari syaiton
Quote Kurex 30-8-2021 04:59 PM
Aikiko replied at 30-8-2021 03:06 PM
Palatao punyer boyfren...sampai lunyai anak orang dikerjakanyer
Ini bukan boyfren ini b*** la ...

Sos, palatao tu apa sis
Quote shernazz 30-8-2021 05:02 PM
sarah82 replied at 30-8-2021 02:21 PM
Mak aiiii.. Ni overkilled dah.

Teringat cite minion
Scarlett overkill
Quote edayildiz 30-8-2021 05:03 PM
Kurex replied at 30-8-2021 04:59 PM
Sos, palatao tu apa sis

saja nk mencapub sos tu apa? palatao tu kepala tau kot kakak kurex
Quote edayildiz 30-8-2021 05:04 PM
mendoza nama tmpt kt sana...farah mendoza asal situ ke
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 05:12 PM
moga apaknya buat gitu jugakkk kat si bf tu
justice is served gitu
Quote sarah82 30-8-2021 05:17 PM
shernazz replied at 30-8-2021 05:02 PM
Teringat cite minion
Scarlett overkill

Lama tak tgk minion.. Hehehehehe.. Biasanya mangsa pembunuhan yg overkilled adalah melibatkan dendam.. Tapi dlm kes ni.. Iols rasa dia takut karang kantoi mengandungkan anak org.
Quote Aikiko 30-8-2021 06:31 PM
Kurex replied at 30-8-2021 04:59 PM
Sos, palatao tu apa sis

Taktau lah kurex, iols hantam saja
Perkataan yg tak baek lakot
Marah punya pasal
Quote trexxxxxi 30-8-2021 06:32 PM
Aikiko replied at 30-8-2021 04:06 PM
Palatao punyer boyfren...sampai lunyai anak orang dikerjakanyer
Ini bukan boyfren ini b*** la ...

Chuol salah konteks kot

Palatao ni kepala tahu
Quote CikYaYaYa 30-8-2021 07:32 PM
Kejamm nyaaa. mereputt laaa ko dalam penjaraa
Quote epal21 30-8-2021 07:42 PM
Ingatkan baru 9-10 tahun. Muka budak2 sangat. Kesiannya. Jadinya dua nyawa melayang.
Quote Konahhh 31-8-2021 02:01 AM
Kejamnyaaazzz
Quote Fortiori02 31-8-2021 05:14 PM
Kejamnya mamat tu. Moga diberi hukuman setimpal.
Quote faraway1 1-9-2021 01:13 AM
Mula budak sangat....

Ganas gila kena bunuh even anjing dikatakan pun tak patut dibunuh sebegini..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045435 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top