|
Seorang lelaki di Brazil maut tersepit dalam mesin pengisar daging yang digunakan untuk membuat daging burger. Lapor The Sun, Rodrigo Roa Alvarez, 37, meninggal dunia ketika cuba membaiki mesin pengisar daging itu di sebuah rumah sembelihan di bandar Dourados di Brazil, Ahad lalu.
Menurut polis, Alvarez yang merupakan juruteknik, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir sebelum penyelia keselamatan menyedari kejadian tersebut dan memaklumkan kepada pasukan kecemasan. Dilaporkan, mangsa ditarik ke dalam mesin pengisar daging itu sehingga separuh badannya hilang. Bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, JBS Seara Alimentos mengesahkan insiden kematian seorang pekerjanya di kemudahannya di Dourados. “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang ketika ini menerima sokongan diperlukan. “JBS akan memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat diperlukan yang dapat membantu menjelaskan kejadian itu,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan. Menurut polis, siasatan sedang dijalankan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.332232 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.