"Saya masuk RM1,000, RM500 untuk baju, RM500 lagi awak bagi kat orang sambal tu ya." Pelakon, Amar Asyraf berasa terharu kerana rakan seperjuangan, Zizan Razak sanggup membeli baju yang dijualnya serta menghadiahkan pula kepada penonton semata-mata untuk membantunya. Sesi live hampir sejam itu adalah untuk menjual baju dan produk makanan demi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, tidak disangka bahawa Zizan bukan setakat berbual mesra, malah memberikan kata-kata semangat kepada aktor Setia Hujung Nyawa ini.
|
sayawifenikmie replied at 3-9-2021 10:51 AM
mmg nampak struggle sangat si amar ni .. macam tak laku jualan dia ... dia rajin live tapi tak ada v ...
lifeline replied at 3-9-2021 11:39 AM
terkejut gak tgk viewer dia sikit sbb followers dia agak ramai jgk kan
tp dia ni berlakon best
...
annadonna replied at 3-9-2021 03:50 PM
Barulah ni nampak amar tunduk pandang ke bumi sikit. Semoga istiqamah dan rezeki bertambah utk semua ...
LadyCarefree replied at 3-9-2021 07:29 PM
Xtahu pasal dia. Sebelum ni sombong ke?
ADVERTISEMENT