Selepas 33 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air, pelakon Rusdi Ramli mengakui dia kini lebih memilih dalam menerima tawaran lakonan. Dalam hal ini, Rusdi, 51, berkata dia selesa bekerjasama dengan pengarah yang lebih terbuka menerima pandangan dan idea daripada pelakon.
"Saya sebenarnya lebih selesa bekerja dengan pengarah yang sering bekerjasama, bukan apa kerana sudah biasa dengan mereka. "Saya bukan jenis pelakon yang mengkaji watak yang diamanahkan dengan karakter yang sedia ada. Oleh itu, saya lebih suka pengarah yang tahu apa yang mereka mahukan dan terbuka menerima idea dan pendapat. "Apabila ada keserasian itu ada lebih memudahkan kita untuk berbincang bagaimana hendak menjayakan watak yang diberikan," katanya kepada mStar. Meskipun begitu, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengarah baharu, lebih-lebih lagi dalam meneruskan kelangsungan hidup yang mendesaknya untuk tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diberi.
"Tidaklah bermakna saya hanya menerima tawaran daripada pengarah sama saja. Ada juga saya menerima pengarah baru dan belum pernah saya bekerjasama, sebab belum cuba belum tahu. "Cuma pengarah yang lebih terbuka dalam melontarkan idea membuatkan saya lebih seronok bekerja. Hendak memilih sangat pun ketika ini tidak boleh, saya sendiri mempunyai keluarga dan tanggungan," ujar Rusdi. Sementara itu, Rusdi berkata dia sentiasa mencabar dirinya untuk memberi kelainan terhadap setiap karakter yang diberikan. Ini kerana dia enggan watak yang diberikan kelihatan sama dalam setiap karya.
|
orangbiasaje replied at 4-9-2021 07:03 PM
Tapi jujur cakap, lakonan rusdi ramli ni antara yang berkesan dan terasa dalam filem melayu. Filem k ...
dua_chzy replied at 4-9-2021 07:17 PM
Rusdi Ramli ni pojaan ai dulu masa kecik2 semasa heols berlakon derama RTM Hati Waja dengan Raja A ...
ADVERTISEMENT