View: 7464|Reply: 39
|
"Saya Bukan Jenis Pelakon Yang Mengkaji Watak" - Rusdi Ramli
[Copy link]
|
|
Selepas 33 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air, pelakon Rusdi Ramli mengakui dia kini lebih memilih dalam menerima tawaran lakonan.
Dalam hal ini, Rusdi, 51, berkata dia selesa bekerjasama dengan pengarah yang lebih terbuka menerima pandangan dan idea daripada pelakon.
"Saya sebenarnya lebih selesa bekerja dengan pengarah yang sering bekerjasama, bukan apa kerana sudah biasa dengan mereka.
Kredit foto: IG Rusdi
"Saya bukan jenis pelakon yang mengkaji watak yang diamanahkan dengan karakter yang sedia ada. Oleh itu, saya lebih suka pengarah yang tahu apa yang mereka mahukan dan terbuka menerima idea dan pendapat.
"Apabila ada keserasian itu ada lebih memudahkan kita untuk berbincang bagaimana hendak menjayakan watak yang diberikan," katanya kepada mStar.
Meskipun begitu, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengarah baharu, lebih-lebih lagi dalam meneruskan kelangsungan hidup yang mendesaknya untuk tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diberi.
"Tidaklah bermakna saya hanya menerima tawaran daripada pengarah sama saja. Ada juga saya menerima pengarah baru dan belum pernah saya bekerjasama, sebab belum cuba belum tahu.
"Cuma pengarah yang lebih terbuka dalam melontarkan idea membuatkan saya lebih seronok bekerja. Hendak memilih sangat pun ketika ini tidak boleh, saya sendiri mempunyai keluarga dan tanggungan," ujar Rusdi.
Sementara itu, Rusdi berkata dia sentiasa mencabar dirinya untuk memberi kelainan terhadap setiap karakter yang diberikan.
Ini kerana dia enggan watak yang diberikan kelihatan sama dalam setiap karya.
"Semuanya bergantung pada skrip... saya ikut sahaja! Kadang-kadang apa kita fikir sebagai pelakon tak sama dengan apa pengarah fikir. Jadi lebih baik kita berbincang dahulu.
"Untuk ubah karakter tu, saya akan lepaskan kepada pengarah, apa dia mahu saya akan sampaikan... tapi saya terbuka mereka menegur jika tak sama seperti apa mereka mahukan," katanya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jujur cakap, lakonan rusdi ramli ni antara yang berkesan dan terasa dalam filem melayu. Filem kabil khusry kabil igham, walaupun tajuk lawak, tang dia dgn erra tak jadi dan erra kena dera laki dia, sedih...cerita yang dia jadi mak nyah kawan baik maya karin yang ada saka tu, menjadi maknyah nye...
Tak dia, Arash Mohd, Ako Mustapha, Fezrol Khan...diorg berlakon watak2, baik hero, baik bapak hero, menjadi la... |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan tu sapa? Faradhiya? |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 4-9-2021 07:03 PM
Tapi jujur cakap, lakonan rusdi ramli ni antara yang berkesan dan terasa dalam filem melayu. Filem k ...
Rusdi Ramli ni pojaan ai dulu masa kecik2 semasa heols berlakon derama RTM Hati Waja dengan Raja Azura. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling serasi dia dengan mata karin..menjadi wataknye |
|
|
|
|
|
|
|
Antara actor lelaki yg aku suka |
|
|
|
|
|
|
|
ada scene dalam mat despatch dia asyik kena marah dengan bini boss yakni kartina aziz, tapi cara kutukan tu lawak dengan dia dia sendiri duk tergelak |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 4-9-2021 07:17 PM
Rusdi Ramli ni pojaan ai dulu masa kecik2 semasa heols berlakon derama RTM Hati Waja dengan Raja A ...
Sebelum hati waja, rasanya pestime theyol digandingkan dulu dlm drama bersiri pendekar yg raja azura menyamar jadi nenek kebayan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu drama tak igt tajuk yg rusdi berlakon jd org buta pastu ambik upah jadi tukang urut. Sedey weyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama2 rusdi ramli zaman dulu2 semua best2..
Yana dan adnin.mertua oh mertua.dajal suci.
Bini pertama dia kacukan ke..anak sulung cam omputih |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon yg berkaliber & meols minat lakonan dia nie |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau bawa watak komedi, macam dia dia sekali nak tergelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jenis muka cpt nk tergelak jenis mudah terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
Antara pelakon lelaki yang hebat lakonannya, meskipun taik lalat dia iols boleh kira ada 3 helai bulu dari kaca TV. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat heol ngefans masa kecik kat dia dalam cite mario mariono brodessss |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan yg best sejak dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
watak aidil dlm Mat despatch best |
|
|
|
|
|
|
|
Klu level die ni ..die ckp jns x buat homework or background study psl watak pn dh blh deliver dgn baik....
Klu btl2 study...mmg terlebih la dari pelakon A-list....
Mmg kagum la lakonan die...natural |
|
|
|
|
|
|
|
Paling suka lakonan rusdi dalam waris jari hantu
Memang lakonan yang memorable |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka lakonan onty joyah dgn dia ni. Menjadi je macam betul2. Paling suka mat despatch le.
Lembut je bila bercakap. Dedulu masa baru2 belajar nak menggatal sensorang nak sgt dpt boyfriend suara sopan cenggihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|