Universiti di Kabul hampir kosong pada hari pertama pembukaan sesi pembelajaran semalam ketika profesor dan pelajar bergelut dengan peraturan baharu lebih ketat yang ditetapkan Taliban bagi menghadiri kelas.
Bagaimanapun, Taliban menjanjikan pentadbiran lebih sederhana berbanding kali pertama mereka berkuasa antara 1996 hingga 2001, di mana kebebasan wanita di Afghanistan dibendung secara tegas dan dilarang mendapatkan pendidikan. Namun, kali ini Taliban berkata, wanita dibenarkan menghadiri universiti swasta namun, perlu memenuhi peraturan ketat berkaitan cara berpakaian. Untuk menghadiri kelas, wanita hanya dibenarkan mengenakan abaya dan niqab selain perlu diasingkan daripada lelaki.
Pengarah Universiti Gharjistan di Kabul, Noor Ali Rahmani berkata, pelajarnya tidak dapat menerima peraturan baru itu dan mereka perlu menutup universiti. "Pelajar kami bertudung, bukannya niqab. Kami tidak menerimanya kerana ia sukar dilaksanakan selain ia bukan Islam sebenar dan bukan berpandukan al-Quran," katanya. Bermula sekarang, di universiti dan kolej swasta yang mana semakin bercambah sejak berakhirnya era pertama rejim Taliban, pelajar wanita hanya boleh diajar tenaga pengajar wanita atau lelaki tua dan perlu menggunakan laluan wanita saja. Mereka juga perlu mengakhiri sesi pembelajaran lima minit lebih awal berbanding pelajar lelaki bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita. Rahmani berkata, hanya 10 hingga 20 peratus daripada 1,000 pelajar yang mendaftar tahun lalu datang ke universiti semalam, walaupun tiada kelas dijadualkan. Katanya, sehingga 30 peratus pelajar sudah meninggalkan Afghanistan selepas Taliban menguasai Afghanistan pertengahan Ogos lalu. Bagaimanapun, bagi segelintir pelajar, mereka lega kerana wanita masih berpeluang belajar di universiti menerusi rejim baharu Taliban. Sumber: Harian Metro
|
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 10:45 PM
Student dlm gmbar tu nmpk rambut walau bertudung.mcm kat sini jugak
nakkomenjugak replied at 7-9-2021 10:52 PM
haiyooo haa sampai niqab abaya bagai
mau deme meratib nak murica jajah kembali
kalau dari nengok ...
LadyCarefree replied at 7-9-2021 11:55 PM
Ramai lelaki meleis sokong taliban. Yg jenis buat serangan koyak serang atlit oku serang footballer ...
dua_chzy replied at 7-9-2021 10:38 PM
Teringin tengok Afghanistan di zaman kegemilangan pre Islam.
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 10:45 PM
Student dlm gmbar tu nmpk rambut walau bertudung.mcm kat sini jugak
gideoncross replied at 8-9-2021 01:00 AM
Kat college iol dlu pun rmai prmpuan Muslimah yg pkai bju ktat2 hahahaha, rilek je.
nakkomenjugak replied at 8-9-2021 01:39 AM
khenzzzzz
pelik iol masa tu
housemate iol nak pergi kelas je pun
sekngucing replied at 7-9-2021 09:09 AM
Tu gaya bertudumg biasa di.pakistan..afghan..iran
.dan negara2 arab lain
Di.malaysia ja tak bleh ...
FOTHER-MUCKER replied at 8-9-2021 02:18 AM
Sekarang ni saya biasa nampak wanita arab saudi dan uea pun dah bertotop nampak rambut.
Dia of ...
ADVERTISEMENT