CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5508|Reply: 46

Universiti Di Kabul Akan Ditutup Sebab Ramai Tak Hadir Susulan Arahan Berniqab

[Copy link]
Post time 7-9-2021 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Universiti di Kabul hampir kosong pada hari pertama pembukaan sesi pembelajaran semalam ketika profesor dan pelajar bergelut dengan peraturan baharu lebih ketat yang ditetapkan Taliban bagi menghadiri kelas.


Bagaimanapun, Taliban menjanjikan pentadbiran lebih sederhana berbanding kali pertama mereka berkuasa antara 1996 hingga 2001, di mana kebebasan wanita di Afghanistan dibendung secara tegas dan dilarang mendapatkan pendidikan.




Kredit foto: AFP




Namun, kali ini Taliban berkata, wanita dibenarkan menghadiri universiti swasta namun, perlu memenuhi peraturan ketat berkaitan cara berpakaian.


Untuk menghadiri kelas, wanita hanya dibenarkan mengenakan abaya dan niqab selain perlu diasingkan daripada lelaki.


Pengarah Universiti Gharjistan di Kabul, Noor Ali Rahmani berkata, pelajarnya tidak dapat menerima peraturan baru itu dan mereka perlu menutup universiti.


"elajar kami bertudung, bukannya niqab. Kami tidak menerimanya kerana ia sukar dilaksanakan selain ia bukan Islam sebenar dan bukan berpandukan al-Quran," katanya.


Bermula sekarang, di universiti dan kolej swasta yang mana semakin bercambah sejak berakhirnya era pertama rejim Taliban, pelajar wanita hanya boleh diajar tenaga pengajar wanita atau lelaki tua dan perlu menggunakan laluan wanita saja.


Mereka juga perlu mengakhiri sesi pembelajaran lima minit lebih awal berbanding pelajar lelaki bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita.


Rahmani berkata, hanya 10 hingga 20 peratus daripada 1,000 pelajar yang mendaftar tahun lalu datang ke universiti semalam, walaupun tiada kelas dijadualkan.


Katanya, sehingga 30 peratus pelajar sudah meninggalkan Afghanistan selepas Taliban menguasai Afghanistan pertengahan Ogos lalu.


Bagaimanapun, bagi segelintir pelajar, mereka lega kerana wanita masih berpeluang belajar di universiti menerusi rejim baharu Taliban.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
antar je org malaysia banyak penjilat taliban
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 10:22 PM | Show all posts
jarum2 halus tak nak bagi pi sekolah ka sis talib...

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin tengok Afghanistan di zaman kegemilangan pre Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Student dlm gmbar tu nmpk rambut walau bertudung.mcm kat sini jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
haiyooo haa sampai niqab abaya bagai
mau deme meratib nak murica jajah kembali
kalau dari nengok gambar tu
okay la tu ha
sopan

cerr kalau student malaya
baju nak gi kelas macam baju nak ke grammy award.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya pakaian student dlm gambar tu dah ok kot..dah syariah compliant  kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah betul arau tidak media antarabangsa ni..acik2 forum sesuai la diperdaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lelaki meleis sokong taliban. Yg jenis buat serangan koyak serang atlit oku serang footballer sebab nama sama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:55 AM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 10:45 PM
Student dlm gmbar tu nmpk rambut walau bertudung.mcm kat sini jugak

Dorg pkai tdung x fasten dgn pin pun x kecoh, kat rantau kita ni, smua sgala psl tdung msti org nak sibuk haha. Lgi2 llaki2 mysogynists yg suka mansplain psl tdung as if dorg plak yg pkai, lgi lh kecoh hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:00 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 7-9-2021 10:52 PM
haiyooo haa sampai niqab abaya bagai
mau deme meratib nak murica jajah kembali
kalau dari nengok ...

Kat college iol dlu pun rmai prmpuan Muslimah yg pkai bju ktat2 hahahaha, rilek je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:02 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-9-2021 11:55 PM
Ramai lelaki meleis sokong taliban. Yg jenis buat serangan koyak serang atlit oku serang footballer  ...

Jejantz Mulayu Meleis mmg suka bab mnindas kaum prmpuan, dri dlu lgi. Smua je slah prmpuan pdahl dorg punya slah x nmpk plak hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:03 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 7-9-2021 10:38 PM
Teringin tengok Afghanistan di zaman kegemilangan pre Islam.

Iraq ke Iran dlu tu, dlm thun 70an iol prnh tngok kat Google, kaum prmpuan dorg pkai bju x ttup aurat pun. Moden gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 10:45 PM
Student dlm gmbar tu nmpk rambut walau bertudung.mcm kat sini jugak

Tu gaya bertudumg biasa di.pakistan..afghan..iran
.dan negara2 arab lain
Di.malaysia ja tak bleh tunjuk rambut
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Suh wajibkan masker la, niqab wat pe bukan ada filter.
Iols tak fahamlaa kenapa nak pakai menda yg tak wajib tak disuruh pun dlm alquran.

Org yg pakai niqab selalu jd fitnah pada agama sbb penampilan tak seiring ngn perangai.
Masyarakat pun satu hal asal nengok org pakai niqab tudung labuh ke tumit semua ko sangka maksum tu pasal depa2 ni leh jadikan pakaian ninja tu tuk coverina pangai buruk dorang.
Padahal niqab tu fesyen ja pun bukannya tahap tertinggi pemakaian bagi muslimah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertudung nampak rambut Diorg x jual anak tudung keronsang ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 8-9-2021 01:00 AM
Kat college iol dlu pun rmai prmpuan Muslimah yg pkai bju ktat2 hahahaha, rilek je.

khenzzzzz
pelik iol masa tu
housemate iol nak pergi kelas je pun
dengan mekapnyaaa
baju macam nak nangkap mana2 anak megalodon kayooo yang study kat situ
mungkin lepas kelas nak gi jalan2 la kot.
hahahaha
apa kabooo laa minah tu sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:50 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 8-9-2021 01:39 AM
khenzzzzz
pelik iol masa tu
housemate iol nak pergi kelas je pun

Mmpuih iol trgelak trkekek mlm2 buta ni psl komen uol hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 02:18 AM | Show all posts
sekngucing replied at 7-9-2021 09:09 AM
Tu gaya bertudumg biasa di.pakistan..afghan..iran
.dan negara2 arab lain
Di.malaysia ja tak bleh ...

Sekarang ni saya biasa nampak wanita arab saudi dan uea pun dah bertotop nampak rambut.

Dia ofang lagi faham quran kot Sebab itu bahasa dia orang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-9-2021 02:18 AM
Sekarang ni saya biasa nampak wanita arab saudi dan uea pun dah bertotop nampak rambut.

Dia of ...

Saya hairanlah...bertudung ni asalny anak.tutup.kemaluan dari ditengok lelaki
Rambut bukan kemaluan
Tuhan takkan cipta sesuatu yg menyusahkan ummatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.107022 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list