CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Anak Tak Comel- Wanita Sanggup Hamil Anak Bekas Kekasih Sebab Suami Hodoh

10-9-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7453| Komen: 28

Ghana – Seorang wanita yang bimbang dia akan melahirkan anak yang tidak comel didakwa secara sengaja mengandungkan anak bekas teman lelakinya yang tampan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.


Laman sosial Afrika gempar dengan kisah wanita tersebut. Dia sebelum ini  berkahwin dengan suaminya kerana lelaki merupakan seorang penyayang, berjaya dan bekerja keras.

Menerusi satu pendedahan yang dibuat di sebuah stesen radio Accra, wanita itu memberitahu bahawa dia amat menyukai semua perkara  tentang suaminya kecuali wajah lelaki itu yang kurang tampan.


Foto: Unsplash

Oleh kerana prospek melahirkan anak yang tidak comel menakutkan dirinya, wanita itu sanggup makan pil perancang kehamilan setiap kali selepas bersama suaminya.


Bagaimanapun,  selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik kesuburan, doktor memaklumkan bahawa kedua-dua suami isteri sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.

Wanita itu kemudian menghubungi bekas teman lelakinya yang tampan dan menjalin hubungan seks dengan lelaki itu.

Biarpun lelaki itu juga sudah berkahwin, sikapnya yang tidak setia menjadikan wanita itu mudah untuk kembali menjalin hubungan sulit dengan dirinya.

Rancangan  itu berhasil apabila wanita itu melahirkan tiga orang bayi yang comel dan kini sedang hamil anak keempat.

Bagaimanapun, baru-baru ini, wanita itu berdepan masalah apabila suaminya memenangi visa ke Amerika Syarikat dan mereka sekeluarga perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), yang seterusnya akan membongkar penipuan wanita itu selama ini.

Wanita itu bertanyakan kepada stesen radio terbabit sama ada dia perlu berterus terang sekarang atau menunggu keputusan ujian DNA tersebut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-9-2021 11:45 AM
Kesian aku kat suami dia. Dah dpt suami yg baik..tak bersyukur sebaliknya mcm haramjadah mengandung anak lelaki lain dgn alasan si suami tak tampan.
Quote SedihPedih 10-9-2021 11:49 AM
cuba macamnapun nk conceal rahsia..ada ja kuasa alam yg bongkarkan...

so, jujur dan berterus-teranglah dgn kehidupan
Quote rospinki 10-9-2021 11:51 AM
sarah82 replied at 10-9-2021 11:45 AM
Kesian aku kat suami dia. Dah dpt suami yg baik..tak bersyukur sebaliknya mcm haramjadah mengandung  ...

dapat suami baik tapi binik macam anjing gatal susah jgak..mesti dia nk test market untong sabut timbol utntong batu tengelam.
Quote sarah82 10-9-2021 11:52 AM
rospinki replied at 10-9-2021 11:51 AM
dapat suami baik tapi binik macam anjing gatal susah jgak..mesti dia nk test market untong sabut t ...

Hanat betul.. Patut hargai la..
Quote rospinki 10-9-2021 11:54 AM
sarah82 replied at 10-9-2021 11:52 AM
Hanat betul.. Patut hargai la..

Kannnnn..kalu tknak bagi kat sarah
Quote sarah82 10-9-2021 11:55 AM
rospinki replied at 10-9-2021 11:54 AM
Kannnnn..kalu tknak bagi kat sarah

Hahahah.. Tak nak la.. Sy dah jumpa yg baik
Quote Belibis 10-9-2021 11:56 AM
Jantan kabaret ex pakwe jugak yang untom..rejeki datang bergolek.
Quote ellejo 10-9-2021 11:58 AM
ai dah banyak kali jumpa mak bapak rupa bawak malapetaka tapi anak comel-comel.

Quote ellejo 10-9-2021 12:03 PM
now terlepas peluang ke amareka

tapi kenapa kalo menang visa perlu buat ujian dna?  surat beranak kan ada.
abis kalo anak angkat tak boleh la???
Quote Firenzza 10-9-2021 12:04 PM
ellejo replied at 10-9-2021 11:58 AM
ai dah banyak kali jumpa mak bapak rupa bawak malapetaka tapi anak comel-comel.

Terkekekek aku ketawa....muka bwk malapetaka.....huaaahahahaha!!!!......tp cheta rupa anak dgn laki tang ni herlokkk sikit hapa
Quote cucutokwan89 10-9-2021 12:17 PM
Choii



Quote aliaa 10-9-2021 02:38 PM
Hidup ni jangan menipu..
Tak selamat...
lama2 akan terbongkar jugak...
Quote imransulaiman 10-9-2021 02:52 PM
Cantik ke rupa si isteri ni? Sampai 4 anak ko selingkuh ye...

Ada je kes ibu bapa rupa Shrek tapi anak mereka layak jadi model. Kat kampung mak saya ada couple macam tu. Anak sulung je yang terbabas sikit...anak seterusnya serius hensem dan cantik
Quote dua_chzy 10-9-2021 02:57 PM
Syukur anak Zizie dan Bung comel2.
Quote dua_chzy 10-9-2021 02:58 PM
Rupa menjadi lak tu berbanding anak Pierre datin seri Haflin berangan.
Quote Skuau 10-9-2021 02:59 PM
Oh..yg kawen ngn orng Msia tu....meme nk baiki keturunan la....
Quote edayildiz 10-9-2021 03:00 PM
tp anknya dlm gmbo tu pun nampak kelam jer..tp keji nya perangai..so anknya 4 org semua bkn anak laki dia la
cantik sgt ke sheols tu..kalau dh buruk sgt kawen wat apa kak oi..
Quote AkokKocik 10-9-2021 03:02 PM
Inilah kata orang kifarah curangi dgn suami, kan....betul ke tatabahasa aku ni???
Quote NFBZCantik 10-9-2021 05:11 PM
kesiannyaa

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048963 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top