CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6727|Reply: 28

[Tempatan] Wanita hamil anak bekas kekasih kerana suami ‘terlalu hodoh’

[Copy link]
Post time 10-9-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Wanita hamil anak bekas kekasih kerana suami ‘terlalu hodoh’

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... uami-terlalu-hodoh/

Oleh KOSMO!
10 September 2021, 11:00 am


Wanita tersebut melahirkan anak-anak yang comel hasil hubungan dengan bekas teman lelakinya. -Atlas Green/Unsplash

ACCRA, Ghana – Seorang wanita yang bimbang dia akan melahirkan anak yang tidak comel didakwa secara sengaja mengandungkan anak bekas teman lelakinya yang tampan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Laman sosial Afrika gempar dengan kisah wanita tersebut. Dia sebelum ini  berkahwin dengan suaminya kerana lelaki merupakan seorang penyayang, berjaya dan bekerja keras.

Menerusi satu pendedahan yang dibuat di sebuah stesen radio Accra, wanita itu memberitahu bahawa dia amat menyukai semua perkara  tentang suaminya kecuali wajah lelaki itu yang kurang tampan.

Oleh kerana prospek melahirkan anak yang tidak comel menakutkan dirinya, wanita itu sanggup makan pil perancang kehamilan setiap kali selepas bersama suaminya.

Bagaimanapun,  selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik kesuburan, doktor memaklumkan bahawa kedua-dua suami isteri sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.

Wanita itu kemudian menghubungi bekas teman lelakinya yang tampan dan menjalin hubungan seks dengan lelaki itu.

Biarpun lelaki itu juga sudah berkahwin, sikapnya yang tidak setia menjadikan wanita itu mudah untuk kembali menjalin hubungan sulit dengan dirinya.

Rancangan  itu berhasil apabila wanita itu melahirkan tiga orang bayi yang comel dan kini sedang hamil anak keempat.

Bagaimanapun, baru-baru ini, wanita itu berdepan masalah apabila suaminya memenangi visa ke Amerika Syarikat dan mereka sekeluarga perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), yang seterusnya akan membongkar penipuan wanita itu selama ini.

Wanita itu bertanyakan kepada stesen radio terbabit sama ada dia perlu berterus terang sekarang atau menunggu keputusan ujian DNA tersebut. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian aku kat suami dia. Dah dpt suami yg baik..tak bersyukur sebaliknya mcm haramjadah mengandung anak lelaki lain dgn alasan si suami tak tampan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:49 AM | Show all posts
cuba macamnapun nk conceal rahsia..ada ja kuasa alam yg bongkarkan...

so, jujur dan berterus-teranglah dgn kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:51 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-9-2021 11:45 AM
Kesian aku kat suami dia. Dah dpt suami yg baik..tak bersyukur sebaliknya mcm haramjadah mengandung  ...

dapat suami baik tapi binik macam anjing gatal susah jgak..mesti dia nk test market untong sabut timbol utntong batu tengelam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 10-9-2021 11:51 AM
dapat suami baik tapi binik macam anjing gatal susah jgak..mesti dia nk test market untong sabut t ...

Hanat betul.. Patut hargai la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:54 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-9-2021 11:52 AM
Hanat betul.. Patut hargai la..

Kannnnn..kalu tknak bagi kat sarah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 10-9-2021 11:54 AM
Kannnnn..kalu tknak bagi kat sarah

Hahahah.. Tak nak la.. Sy dah jumpa yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan kabaret ex pakwe jugak yang untom..rejeki datang bergolek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ai dah banyak kali jumpa mak bapak rupa bawak malapetaka tapi anak comel-comel.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
now terlepas peluang ke amareka

tapi kenapa kalo menang visa perlu buat ujian dna?  surat beranak kan ada.
abis kalo anak angkat tak boleh la???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 10-9-2021 11:58 AM
ai dah banyak kali jumpa mak bapak rupa bawak malapetaka tapi anak comel-comel.

Terkekekek aku ketawa....muka bwk malapetaka.....huaaahahahaha!!!!......tp cheta rupa anak dgn laki tang ni herlokkk sikit hapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Choii



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:38 PM | Show all posts
Hidup ni jangan menipu..
Tak selamat...
lama2 akan terbongkar jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik ke rupa si isteri ni? Sampai 4 anak ko selingkuh ye...

Ada je kes ibu bapa rupa Shrek tapi anak mereka layak jadi model. Kat kampung mak saya ada couple macam tu. Anak sulung je yang terbabas sikit...anak seterusnya serius hensem dan cantik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur anak Zizie dan Bung comel2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa menjadi lak tu berbanding anak Pierre datin seri Haflin berangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..yg kawen ngn orng Msia tu....meme nk baiki keturunan la....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tp anknya dlm gmbo tu pun nampak kelam jer..tp keji nya perangai..so anknya 4 org semua bkn anak laki dia la
cantik sgt ke sheols tu..kalau dh buruk sgt kawen wat apa kak oi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah kata orang kifarah curangi dgn suami, kan....betul ke tatabahasa aku ni???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 05:11 PM | Show all posts
kesiannyaa

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050353 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list