Satu tinjauan terhadap 1,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) pada September mendapati satu daripada tujuh responden sanggup memutuskan persahabatan mengenai status vaksinasi Covid-19. Tinjauan syarikat penyelidikan pemasaran, OnePoll Research mengenal pasti alasan kenapa individu sanggup memutuskan hubungan tersebut semasa pandemik.
Berhubung soalan mengenai vaksinasi, 66 peratus kehilangan kawan mengenai status sudah divaksin, sementara 17 peratus tidak bercadang langsung mengambil suntikan tersebut. Baki 14 peratus pula sanggup memutuskan hubungan persahabatan akibat enggan mengambil suntikan vaksin. Sebanyak 97 peratus individu sudah divaksin menamatkan hubungan sebagai kawan kerana beranggapan bekas rakan mereka sebagai ‘anti-vaksin’ yang tidak pernah memahami kepentingan vaksin yang terbukti selamat dan berkesan.
Tinjauan sama turut bertanyakan soalan kepada individu yang tidak menerima suntikan vaksin. Kebanyakan mereka berkata ia adalah hak peribadi dan selebihnya menzahirkan ketidakpercayaan terhadap vaksin yang berpotensi menyebabkan kesan sampingan. Sumber: Utusan
|
AbukRokok replied at 18-9-2021 02:33 PM
isu vaksin ni jauh lebih teruk dari perbezaan politik umno vs pas ph vs bn
manzilla replied at 18-9-2021 03:25 PM
Sikit lagi kena ada dua imam dalam satu masjid, satu iman antivaksin, satu lagi imam antuvaksin. ...
jahcomel replied at 18-9-2021 03:35 PM
Antibeksin xde tok imam sbb xleh masuk masjid lh kak
manzilla replied at 18-9-2021 07:40 PM
Lupa pulak aku. Sekarang aku sudah teringat akan kisah pelancung Cina dihalau dari masjid, selepas ...
jahcomel replied at 18-9-2021 07:43 PM
Jom g kg fb GPMC Backup fb baru diaorg, byk cite arini... Hihihiiii
manzilla replied at 18-9-2021 05:25 PM
Sikit lagi kena ada dua imam dalam satu masjid, satu iman antivaksin, satu lagi imam antuvaksin. ...
Miss.H replied at 19-9-2021 07:06 AM
Alhamdulillah aku ada kawan yang tak menonjol sangat bab-bab dia antivac ni dan kami respect pilihan ...
ADVERTISEMENT