|
Lega. Personaliti media sosial, Coki mengakui seronok dan teruja apabila menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi kelompok remaja dan pelajar sekolah bermula Isnin.
Meskipun pada awalnya berasa gementar untuk menerima suntikan pelalian itu, Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel bagaimanapun memberanikan diri selepas memikirkan manfaat yang bakal diterima. "Semasa kerajaan umumkan program imunisasi untuk remaja bawah 18 tahun, saya dah bersedia dan hari ini terpilih menjadi orang terawal menerima suntikan itu. "Mulanya rasa takut juga tapi saya reda sahaja... memandangkan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, jadi saya melihat dari sudut positif vaksin untuk melindungi diri daripada jangkitan dan mengelakkan simptom yang teruk jika dijangkiti.
"Memandangkan ibu bapa saya dah lama ambil, jadi saya bertanya dengan mereka... itu sebab saya beranikan diri. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan!" katanya kepada mStar. Pelakon berusia 16 tahun ini menerima suntikan dos pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.202282 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.