View: 2376|Reply: 4
|
Coki Antara Remaja Terawal Cucuk Vaksin, Lega Boleh Sambung Shooting
[Copy link]
|
|
Lega. Personaliti media sosial, Coki mengakui seronok dan teruja apabila menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi kelompok remaja dan pelajar sekolah bermula Isnin.
Meskipun pada awalnya berasa gementar untuk menerima suntikan pelalian itu, Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel bagaimanapun memberanikan diri selepas memikirkan manfaat yang bakal diterima.
Foto: IG
"Semasa kerajaan umumkan program imunisasi untuk remaja bawah 18 tahun, saya dah bersedia dan hari ini terpilih menjadi orang terawal menerima suntikan itu.
"Mulanya rasa takut juga tapi saya reda sahaja... memandangkan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, jadi saya melihat dari sudut positif vaksin untuk melindungi diri daripada jangkitan dan mengelakkan simptom yang teruk jika dijangkiti.
"Memandangkan ibu bapa saya dah lama ambil, jadi saya bertanya dengan mereka... itu sebab saya beranikan diri. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan!" katanya kepada mStar.
Pelakon berusia 16 tahun ini menerima suntikan dos pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Pada 17 September lalu, kerajaan mengumumkan program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun khususnya pelajar sekolah bermula Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata langkah itu sebagai persediaan terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan pemberian vaksin diberi keutamaan kepada mereka berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam serta remaja dengan komorbid.
Selain untuk perlindungan diri, Coki berkata suntikan itu juga membolehkan dia meneruskan penggambaran drama yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.
"Saya menyeru orang ramai sahut seruan kerajaan ini dengan mendapatkan vaksin untuk melindungi diri sendiri dan masyarakat.
"Memandangkan saya bekerja dalam industri seni yang memerlukan pengambilan vaksin, jadi mahu tak mahu saya kena ambil vaksin.
"Selepas ini bolehlah saya teruskan beberapa kerja dan projek yang tertangguh... niat saya mahu cari rezeki untuk bantu keluarga. Apa-apa pun tawakal semoga semuanya baik-baik sahaja," ujarnya. -CARI
Sumber:mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi mcm choki choki, dah lama tak makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk teringat coklat tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|