Tular isu anak dara tidak pandai memasak tetapi berani berkahwin membuatkan seniwati, Datin Sofia Jane turut memberi komennya di laman Twitter. Menurutnya, ketika perkenalannya dengan suami (Datuk Meor Azman), dia telah berterus-terang mengenai kekurangannya di dapur. Ianya diperkuatkan lagi dengan arwah ayah sendiri yang memberi amaran kepada bakal menantu. Namun, dalam kekurangan tersebut, mereka melayari rumah tangga selama 26 tahun dan kekal utuh hingga kini. Dalam status sama, pemegang watak Zaleha dalam Perempuan, Isteri dan ... ini sempat bergurau yang dia reda suaminya menempah pesanan makanan luar selepas itu. Ianya menarik perhatian peminat dan memberikan komen yang manis-manis belaka termasuklah seniwati, Susan Lancaster. Netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut bahawa memasak bukan tugas isteri seorang. Jika kedua-duanya tidak pandai memasak pun, banyak lagi alternatif yang boleh dicari, kan? Jadi, lontarkan pandangan anda mengenai isu ini. Apa pun memang Sofia Jane kekal jelita kan? - CARI |
Fly_over: mamat yg up status tu ktorg duduk dlm 1 daerah. follow fb group komuniti yg sama. dia mmg famos dlm group tu sbb selalu up status bongok2 gitu. nk kir ...
krustykrab replied at 21-9-2021 10:06 AM
Ewww..lakonan pun tah aper2...boleh digelar seniwati..
Yg paling org ingat watak jalang dlm pompuan ...
hareeeesah replied at 21-9-2021 11:03 AM
Dia dah kawin ke? Ada family dak?
putehh replied at 21-9-2021 12:16 PM
aku xpandai masak masa mula2 kawen...tp laki terer masak....blk kg aku pn kadang2 die kene masak..re ...
ADVERTISEMENT