Sebuah rumah didapati terlepas daripada terkena lava yang mengalir susulan letusan gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol. Rakaman foto rumah di La Palma ini tular di media sosial dan telah diberi jolokan sebagai "rumah ajaib". Gunung berapi berkenaan mula meletus pada Ahad menyebabkan lebih 200 rumah musnah manakala 6,000 penduduk terpaksa berpindah. Lava daripada gunung berapi Cumbre Vieja masih mengalir dan para saintis tidak dapat meramalkan bila ia akan berhenti meletus. Foto rumah berkenaan berjaya dirakam jurugambar Ramon de la Rocha menunjukkan ia dikelilingi lava dari Cumbre Vieja.
Ia dimiliki pasangan Denmark, Inge dan Ranier Cocq yang tidak mengunjungi kediaman tersebut sejak pandemik COVID-19 bermula, lapor portal berita El Mundo. Sumber: AWANI
|
Mini.Me replied at 24-9-2021 11:47 AM
Macam masjid kat aceh tsunami dulu tu
nononcrux replied at 24-9-2021 12:06 PM
Alhamdulillah duduk di bumi malaysia selamat dari kejadian alam.. walaupun semula jadi tapi bagi mer ...
ADVERTISEMENT