Status terbaharu penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, di Instagramnya telah mengundang kemarahan netizen apabila dilihat seperti menyindir pempengaruh, King Coco yang baru sahaja bercerai dengan gurauan melampau. Sambil memuat naik gambar tangkap layar keratan berita sebuah portal yang mendedahkan King Coco kini sudah menjadi ibu tunggal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli menulis kapsyen ringkas untuk memberi respon kepada portal berkenaan apabila namanya di tanda (tag) di status Facebook portal itu. "Hahahah @ohmymedia.cc boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik air," tulisnya. Memetik Gempak.com, status berkenaan kemudiannya telah mengundang kemarahan netizen dan mendakwa tindakan penyanyi rap itu melampaui batas. "Hahahah @ohmymedia.cc boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dan belajar masak cili api....Tuan badan ok" tulisnya sekali lagi. Terdahulu, Caprice yang terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran melibatkan kebobrokan yang didakwa menjadi perlakuan seorang pendakwah terkenal tanah air hingga sanggup bersumpah atas nama ibu bapanya telah mengundang teguran dari Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed.
|
edayildiz: caprice ni i rasa heols kena kawen la..kuat nau royan dan suka mencapubtp kdg heols snyum manis..takde gf ke beliau..sapa blh tnyakan;meh amik i jad ...
azwanaliori replied at 28-9-2021 04:42 AM
Pernah nampak heols berkepit dgn minah freehair rambut karat monthsss ago kt mid valley xtau la ...
purplelilac: Tinggi x dia sis?? I ingtkan cari org bertudung tp rambut karat jg dihati uhuhu
samshik replied at 28-9-2021 04:55 AM
Dah ckp kan.. He olls akn tmpg glamer apa ajer yg boleh tarik minat netizen.. Another hajbubis versi ...
edayildiz replied at 28-9-2021 02:40 AM
caprice ni i rasa heols kena kawen la..kuat nau royan dan suka mencapub
tp kdg heols snyum manis. ...
ADVERTISEMENT