Status terbaharu penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, di Instagramnya telah mengundang kemarahan netizen apabila dilihat seperti menyindir pempengaruh, King Coco yang baru sahaja bercerai dengan gurauan melampau.
Sambil memuat naik gambar tangkap layar keratan berita sebuah portal yang mendedahkan King Coco kini sudah menjadi ibu tunggal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli menulis kapsyen ringkas untuk memberi respon kepada portal berkenaan apabila namanya di tanda (tag) di status Facebook portal itu.
"Hahahah @ohmymedia.cc boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik air," tulisnya.
Kredit foto : Gempak.com
Memetik Gempak.com, status berkenaan kemudiannya telah mengundang kemarahan netizen dan mendakwa tindakan penyanyi rap itu melampaui batas.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa kapsyen yang ditulis Caprice itu berbaur gangguan seksual.
Kredit foto : Gempak.com
Menyedari kapsyen yang ditulis itu telah mengundang rasa tidak senang di kalangan netizen, Caprice kemudian memperbetulkan semula (edit) status berkenaan.
"Hahahah @ohmymedia.cc boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dan belajar masak cili api....Tuan badan ok" tulisnya sekali lagi.
Terdahulu, Caprice yang terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran melibatkan kebobrokan yang didakwa menjadi perlakuan seorang pendakwah terkenal tanah air hingga sanggup bersumpah atas nama ibu bapanya telah mengundang teguran dari Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed .
PU Syed menerusi hantaran Instagramnya memaklumkan kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT. - CARI
|