|
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! Penantian 10 tahun penyanyi Azmi Saat berakhir apabila dia kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Naziah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Selasa.
Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, berkata kelahiran bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu merupakan hadiah terbesar sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-34. "Bersyukur sangat, macam-macam perasaan ada... gembira dan sebak. Apabila dengar tangisan pertama bayi tu, kami menangis. "Bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.09 pagi. Kira-kira 40 minit saya teman isteri dalam bilik pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.397616 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.