Kerana panik, seorang lelaki tergamak meracun teman wanitanya hingga maut setelah mangsa memberitahu dia hamil.
Menurut laporan, dia memasukkan racun ikan ke dalam jamu lalu memberi minum kepada mangsa. Kejadian diketahui apabila mayat mangsa ditemui di Desa Tiru Lor, Kecamatan Gurah, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Jumaat lalu. Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui jirannya dikenali sebagai Samsuri, 50, ketika mahu memberi makan kepada ternakannya. Samsuri bergegas meminta pertolongan seorang lagi jiran bernama Sampan sebaik melihat mayat mangsa sebelum melaporkan kejadian ke perangkat desa lalu disampaikan kepada pihak polis.
Hasil siasatan polis mendapati telefon bimbit mangsa mempunyai perbualan mencurigakan dengan teman lelakinya. Dari maklumat tersebut polis menahan remaja lelaki berusia 15 tahun. Daripada soal siasat polis, motif kejadian disebabkan pelaku kebingungan setelah mengetahui mangsa hamil. Kehamilan itu diketahuinya dari aduan mangsa yang melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan alat ujian kehamilan. Keadaan itu lantas membuat suspek yang juga jiran mangsa panik lalu meracun gadis malang itu. Dari pengakuan suspek kepada polis usia kehamilan mangsa diperkirakan memasuki minggu keempat. Polis memberitahu, selepas mengetahui mangsa hamil, suspek mengambil inisiatif membuatkan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut. Namun, suspek sebaliknya mencampur jamu tersebut dengan racun tanpa pengetahuan mangsa. Korban yang tidak merasa curiga meminum jamu mengandungi beracun tersebut yang meragut nyawanya. Sumber: Utusan
|
jas7512 replied at 28-9-2021 03:09 PM
Knplah x pakai protection waktu buat projek..dah krg bkn nak anak pun dan xde rasa tanggungjwb
ADVERTISEMENT