|
Perkongsian penyanyi Wani Kayrie, 21, mengenai keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan mahu bersikap riak, sebaliknya membuktikan anak seni boleh berjaya dalam pelajaran.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, dia tetap tidak membelakangkan pelajaran apabila berkongsi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik dalam laman Instagram, biarpun sibuk dengan dengan kerjaya seni. Bagi Wani, perkongsiannya mengenai keputusan cemerlang bukan atas dasar riak. "Saya berkongsi keputusan bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, tetapi memberitahu, saya bukan sahaja fokus dengan kerjaya seni sahaja, sebaliknya tetap melunaskan tanggungjawab sebagai pemegang biasiswa Management & Science University (MSU).
"Jadi, pada masa yang sama, saya perlu juga membuktikannya walaupun saya sibuk bekerja, tetapi tetap seimbangkan dengan pengajian. "Jujurnya, ramai tenaga pengajar saya yang mengikuti perkembangan saya, disebabkan itu saya perlu membuktikan saya boleh fokus sebagai pelajar," katanya kepada BH Online.
|

shida81 replied at 5-10-2021 06:22 PM
Jap 2 subject ke 1 sem
shahirakay replied at 5-10-2021 04:37 PM
ambik subjek sikit-sikit dah la wanie asalkan boleh menten cgpa. kot kot la nak sambung belajar lagi ...
miszclassique replied at 5-10-2021 06:30 PM
I dulu ipts 1 sem dalam 4 subjek... Course dia ni i google tadi memang 1 tahun ada 4 subjek je so ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.898393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.