CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Erma Fatima Bayar Saman Pakai Duit Rm1 Plak

12-12-2013 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25123| Komen: 204







Sudah-sudahlah Erma!


KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula.  Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.


Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.  

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 11-12-2013 01:41 PM
nape la perangai mcm budak blm dtg haid....
Quote rosasa 11-12-2013 01:41 PM
dah tua, masih bodoh dan kebudak-budakkan... kesian
Quote aikee04 11-12-2013 01:42 PM
....sekurang2nya emma bayar
Quote aderaderker 11-12-2013 01:42 PM
Sanggup ko berpenat lelah kt bekah bimbo tu yer erma..
Kalo aku x suke orang tu..x nak haku susah payah buang mase buang tenaga ngan orang yg ku mencik.

Kosserr..
Quote iman_kasih 11-12-2013 01:42 PM
hmmm x habis2 cari kontroversi...
nasib baik la pihak satu lg dpt terima n x pulangkan balik..
sudah2 la makcik...redhakan je la...nak buat mcm mn..
dh ketentuan Tuhan duit tu bkn hak / rezeki awak..
Quote masaie 11-12-2013 01:43 PM
Ada bg al quran lg x? Kalo ada, jgn lupa bg kat adikmu si betty tu juga ye erma....
Quote sueism 11-12-2013 01:58 PM
ok jugak duit RM1 ringgit.. perangai bekah pun bukan elok sangat
Quote maxim 11-12-2013 01:58 PM
erma kene pikir camni kot: mgkin ada sebahagian duit yg die dpt selama ni x berkat..menganiaya org etc, so kene redha la ketentuan Ilahi
Quote sekel 11-12-2013 02:00 PM
dua2 mcm budak2 hingusan...........................Erma ko tu jauh lebih bagus dr Rebecca yang berlakon mcm tunggul kayu.................dh tu skg nie ko pengarah yg terkenal dgn drama2 yg bermutu...................dh rezeki Rebecca menang kes tu........ mmg atas kesilapan ko sendiri yg x memberi notis b4 nk singkirkan Rebecca dr berlakon citer Dejavd' Kinabalu dulu.............so skg Erma tlg belajar dr kesilapan..........REZEKI ko lepas nie lagi berlipat kali ganda Allah beri
Quote outcast 11-12-2013 02:01 PM
mengada2 lak si erma ni
sama je irritating  si bekah
Quote digitizer 11-12-2013 02:03 PM
Erma ni dh mcm adik dia si betty tu suka bergaduh ngan org.dh kalau bekah menang nk buat camne.byr je lah..kalau ko teraniaya,doa jelah.ni dh kalau nk balas balik sama2 menzalimi diri masing2 lah.doalah byk mana xde nye Allah nk kabulkan.
Quote cmf_shya 11-12-2013 02:06 PM
1 benda ja aku notice pasal bekah nie..word Allah xlpas2 dari setiap posting or komen or status dia..tp bab pakai baju xingat Allah ke???
Quote pia250110 11-12-2013 02:06 PM
erma bodo
Quote miawpink 11-12-2013 02:06 PM
Selepas 5 Sen, Kini RM1 Pula – Isu Saman Rabecca



Akhirnya, selesai juga isu saman yang membabitkan Rabecca Nur Al-Islam dan juga pengarah filem, Erma Fatima.

Isu ini berpunca daripada pihak produksi Dejavu Di Kinabalu yang lambat memberikan baki pembayaran kepada Rabecca sehingga membuatkan pelakon ini memfailkan saman terhadap produksi Erma Fatima.

Akur dengan perintah mahkamah, Erma Fatima yang telah kalah tuntutan saman ini akhirnya membayar saman sejumlah RM11,200 kepada Rabecca.




Menariknya, pengarah ini dengan sengaja membayar jumlah saman itu dalam bentuk 5 sen disamping memberikan senaskhah Al-Quran kepada Rabecca.

Ini bukan saja menimbulkan satu lagi kontroversi, Rabecca kemudiannya memulangkan semula wang tersebut dan meminta agar samannya dibayar semula dalam bentuk lain.

Dan sebentar tadi, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan sejumlah wang RM1 dipercayai berjumlah RM11,200.




Tidak memanjangkan lagi isu ini, Rabecca melalui laman Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Erma Fatima.



Apa pun, semoga hubungan kedua orang selebriti ini kembali pulih. Iya lah, pusing-pusing pun, disitu juga tempat mereka cari makan.

sumber- oh bulan
Quote ais_kosong 11-12-2013 02:08 PM
tulih cek lempaq kat muka bekah..
ni gigih usung ke sana ke mari duit 5 sen ngan sehengget tu..
mcm sayang bebenor nk berpisah ngan bekah
Quote azie.dz 11-12-2013 02:11 PM
org dah bayo amik la..hadap sgt ngan duit pastu komplen ekekekekeke

mcm2 la hai
Quote siti_kus 11-12-2013 02:13 PM
X sudah2.. Mcm budak sklh gaduh.
Quote aliaa 11-12-2013 02:16 PM
hahahhha...
aku stuju sangat cara Erma tu......
Bayar cara halus....penuh makna .......
Quote puterikhaleeda 11-12-2013 02:17 PM
senang nak raya nanti.. tak yah beratur tuka duit kat bank

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040857 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top