CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hafiz Suip Menyerlah Di Aim20

17-12-2013 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5131| Komen: 3



PENYANYI yang kini terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa pulang tiga trofi pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, kelmarin.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.

“Syukur ke hadrat Illahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

“Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang, ia adalah milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya (ketawa),” kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Mengakui kemenangannya pada malam itu memberi kejutan buatnya, Hafiz berkata, ia sekali gus memberi kenangan manis kerana menjadi kemenangan besar dan pertama buatnya di pentas AIM.

“Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

“Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya,” katanya.

Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

“Apa yang saya harapkan, kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik kerana orang akan jangkakan yang lebih dari saya,” katanya.

Selain Hafiz, AIM20 turut menyaksikan kejayaan Shila Amzah mengharumkan nama di luar negara diiktiraf melalui anugerah khas, Anugerah Kembara AIM2013.

Manakala Anugerah Sri Wirama AIM2013 diberikan kepada Pengasas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Dr Tony Fernandez atas jasa beliau dalam membangunkan industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Jawatankuasa Penganjur AIM20, Rosmin Hashim.

Selain itu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna berjudul Lelaki menggondol dua anugerah menerusi kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Manakala penyanyi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu hasil kolaborasi menerusi lagu Sedetik Lebih.

Dayang juga turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Bukan itu sahaja, lagu Bila Resah yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi itu turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Selain itu, jika tahun lalu, Mojo diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik, kali ini, anugerah serupa diberikan kepada penyanyi indie, Alex Subryn.

Dalam pada itu, Amy Search membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik menerusi Di Bawah Gerbang Skaea.

Manakala Salam Musik pula membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik, menerusi lagu Aku Pelat, manakala kolaborasi di antara Goldfish dan Blink telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Pak Nil, Nabil serasi

Sementara itu, pengacara bagi AIM20, Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad berjaya menghiburkan tetamu dengan celoteh bersahaja mereka.

Biarpun adakalanya dilihat bak pentas Maharaja Lawak Mega, namun celoteh spontan Nabil yang mengenakan beberapa selebriti Malaysia seperti Adi Putra, Akim, Stacy, Rozita Che Wan, Didie Alias, Fizz Fairuz, Monoloque dan ramai lagi mengundang deraian tawa penonton di stadium.

Lebih menarik apabila Nabil sendiri dikenakan oleh Aznil atau Pak Nil ketika Erra Fazira dan Awie secara profesional naik ke atas pentas untuk menyampaikan trofi.

Ketika Pak Nil meminta Irma Hasmie dibawa naik ke atas pentas, Nabil dengan spontan berlari ke arah isterinya.

Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Hafiz, Afgan, Najwa Latif, Aizat Amdan, Mas Idayu yang turut berkolaborasi bersama bersama DJ Fuzz, Waris dan Juzzthin menerusi lagu Cintaku 100%.

Bukan itu sahaja, persembahan penutup yang membawa penonton mengimbau kenangan 80-an bersama Datuk Khadijah Ibrahim, Zainal Abidin, Jay Jay, dan Dayangku Intan turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

AIM 20 suram?

Bagaimanapun, dalam kemeriahan rancangan yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135). Bahkan, ada di antara pemenang anugerah utama tidak dapat menghadirkan diri membuatkan kemeriahan AIM20 seakan tercemar.

Apatah lagi, AIM yang sudah menyambut ulang tahun ke-20 penganjurannya sepatutnya lebih dihargai terutamanya bagi penggiat seni dalam bidang muzik atau seni suara.

Namun bagi penulis, secara keseluruhannya, AIM kali ini tetap meriah, apatah lagi dengan keletah Nabil dan Pak Nil yang sentiasa bijak berkomunikasi.

Diharap, penganjuran AIM seterusnya akan lebih meriah dengan kehadiran pemenang- pemenang dan juga penggiat seni yang lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 11:54 AM
aznil tak sensitip
Quote roblucci 19-12-2013 09:29 PM
mng dalam era muzik tak best tak boleh dibanggakan sgt
Quote Teh_90 21-12-2013 06:18 PM
Tahniah Hafiz...memang lagu2 dalam album tu semuanya best...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088194 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top