CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Manja

3-1-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16778| Komen: 74

Raja Azmi Lebih Manja, Hilang Panas Baran



Raja Azmi

PETALING JAYA: Produser filem Raja Azmi merasakan dia menjadi seorang yang lebih manja sejak bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 46, pada 13 Oktober tahun lalu.

Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia menjadi sedemikian kerana suami berjaya melayan kerenahnya selain seorang yang romantik.

"Eddie memang suka memanjakan saya. Dia layan saja karenah saya yang ada masanya seperti kebudak-budakan.

"Selain itu, dia juga seorang yang sangat romantik. Cuma dia lambat sikit dalam bab memujuk apabila berlaku perselisihan faham. Alhamdulillah, kami cukup bahagia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Raja Azmi, walaupun dilayan seperti itu namun dia tetap menghormati suami dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Dalam pada itu, penerbit filem ...Dalam Botol ini berkata, dia juga dapat melihat perubahan dirinya apabila bersikap tenang berbanding sebelum ini yang mudah panas baran.


Raja Azmi lebih tenang dan bersikap diplomasi sejak berkahwin dengan Eddie.
"Sebenarnya, saya tidak tahu apa yang dah berubah dalam diri, tetapi anak-anak beritahu yang saya sekarang ini lebih 'cool'.

"Kalau dulu, sesiapa yang buat hal, saya akan terus saman, tetapi sekarang ini saya lebih berdiplomasi," selorohnya.

Sementara itu, bersempena dengan permulaan tahun 2014, Raja Azmi turut berazam agar kehidupannya bersama suami dan keluarga kedua-dua belah pihak akan bahagia.

Malah, Raja Azmi berkata dia juga merancang untuk menerbitkan sebuah program bual bicara yang membabitkan dia sebagai pengacaranya pada tahun ini.

"Agak lama juga saya merancang mahu mengacara program sendiri, jadi tahun ini saya akan pastikan agar perancangan ini berjaya pada tahun ini juga," ujarnya.

Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 22 dan Mohd Effy, 20.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cepheid 2-1-2014 05:49 PM
jadinya dulu mak cik ni kurang kaseh sayang lah. asyik panas baran je


syukorlah dah kawen baru
Quote farah.noty 2-1-2014 05:50 PM
mmg manja sgt2 pun. dalam masterchef pun dah bole tgk betapa manja dan gedik nenek ni hahaha

aku yang muda pun tak manja gedik mengeletis mcm tu
Quote maxim 2-1-2014 05:50 PM
cepheid posted on 2-1-2014 05:49 PM
jadinya dulu mak cik ni kurang kaseh sayang lah. asyik panas baran je

dah lama tak dapat agaknya..tu yg baran semacam
Quote Leonarzi 2-1-2014 05:51 PM
Doakan agar raja azmi mengandung dan dikurniakan anak yg comel
Quote cepheid 2-1-2014 05:53 PM
maxim posted on 2-1-2014 05:50 PM
dah lama tak dapat agaknya..tu yg baran semacam

mesti lama bil tertunggak tu.

tertengok masterchef bila tah yang dia pakai dress merah. aiyoo buruk betul

Quote scorpionkiki 2-1-2014 06:01 PM
Ayoyo tajuk.... belum baca dah nak gelak
Quote makadek 2-1-2014 06:12 PM
Alololo manjerrrr nye mesto comei
Quote mitnick 2-1-2014 06:18 PM
iols lbh tahan org manja compared to panas baran... walaupun kdg2 mcm menyampah gak manja over2 tp masih boleh tahan..
Quote abil_tetra 2-1-2014 06:25 PM
Kak mi nak mengacara...cemana la gaknyer, dia kan jenis main ckp je. Teringat masa dia suh azwan yg keluar...lawak. serius jujur dr hati
Quote FlowerGirl 2-1-2014 06:37 PM
X heran pun. Sbb org kata..org tua ni makim tua perangai dah balik jd mcm budak2
Quote solstice 2-1-2014 06:40 PM
Sebelom ni dia ni memang ala2 mcm kurang kasih sayang... & batin
Quote timahterung 2-1-2014 07:04 PM
Leonarzi posted on 2-1-2014 05:51 PM
Doakan agar raja azmi mengandung dan dikurniakan anak yg comel

Yucks!Macam mana rupanya nenek macam ni dgn baby bump dia..
Quote siti_kus 2-1-2014 07:06 PM
Husband dia dl x manja2 kan dia kot..
Quote nurbaya 2-1-2014 07:09 PM
Leonarzi posted on 2-1-2014 05:51 PM
Doakan agar raja azmi mengandung dan dikurniakan anak yg comel

Boleh ngandung lagi ke nok? Umur dah 55 kot..
Quote azie.dz 2-1-2014 07:14 PM


nak jd mcm ND manja2 kot
Quote aiskrimpelangi 2-1-2014 07:20 PM
Alahai suwit gittewww kak mii auwwww
Quote sarah_ary2 2-1-2014 07:25 PM
Tp , iols suka gak tgk dia dalam Masterchef compared to Che Lah tue, sheols nampak mcm bukan buat2 manja but memang naturally manja and iols suka sifat jujur dia tue, hope sheols dapat babylah dgn suami baru...
Quote munchkin 2-1-2014 07:58 PM
suka ngan kak mi yang baru ni
Quote fatehana 2-1-2014 08:13 PM
Hmmmmm dah ada somimnk manja2 tu biarlah

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.183970 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top