CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Sudah Bersedia Berhijab

8-1-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20463| Komen: 102



RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.
“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.


Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.
“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.
“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.
“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.
“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 7-1-2014 06:32 PM
Alhamdulillah... ingt Akhirat
tp manja2 lg x... huhu
Quote ex-bantal.B 7-1-2014 06:32 PM
Salah eh..   
Quote poyohabis 7-1-2014 06:35 PM
Ari tu tgk dlm tv rancangan pe tah dia ada nyanyi perut dia mcm besar jer... Betul ke x dia mengandung
Quote prettymanja 7-1-2014 06:36 PM
ex-bantal.B posted on 7-1-2014 06:32 PM
Salah eh..

salah eh ape ni yunk? hehe
Quote maxim 7-1-2014 06:37 PM
ex-bantal.B posted on 7-1-2014 06:32 PM
Salah eh..

sib baik aku tak sempat gelakkan ko
Quote ex-bantal.B 7-1-2014 06:38 PM
prettymanja posted on 7-1-2014 06:36 PM
salah eh ape ni yunk? hehe

Tadi kira posting i ols yg pertama darling.
Quote ex-bantal.B 7-1-2014 06:39 PM
maxim posted on 7-1-2014 06:37 PM
sib baik aku tak sempat gelakkan ko

Sib baik i ols cepat edit. kalau tak malu i ols.
Quote prettymanja 7-1-2014 06:40 PM
ex-bantal.B posted on 7-1-2014 06:38 PM
Tadi kira posting i ols yg pertama darling.

yeay, i menang beb.. haha
Quote novlin 7-1-2014 06:40 PM
Apa2 yg kearah kebaikan iols sokong jahhh
Quote maxim 7-1-2014 06:41 PM
ex-bantal.B posted on 7-1-2014 06:39 PM
Sib baik i ols cepat edit. kalau tak malu i ols.

tuhan sedang menjaga aib mu
Quote ex-bantal.B 7-1-2014 06:43 PM
prettymanja posted on 7-1-2014 06:40 PM
yeay, i menang beb.. haha

Hehe... tepuk tangan.
Quote ex-bantal.B 7-1-2014 06:44 PM
maxim posted on 7-1-2014 06:41 PM
tuhan sedang menjaga aib mu

Syukur alhamdulillah
Quote mitnick 7-1-2014 07:00 PM
baguslah.. lagipun akhir2 nie xnmpk ella pkai seksi2 sgt pun
Quote clarizsa 7-1-2014 07:03 PM
tahniah... bgusla mkcik ella..
Quote hyie 7-1-2014 07:45 PM
yes, lepas kawen nampak dia lebih jaga penampilan dan tak seksi...
Quote little_sis 7-1-2014 07:47 PM
harap2 impian ella termakbul, x kira la dpt anak sendiri atau anak angkat sekali pun..
Quote menjad 7-1-2014 08:06 PM
bagus ler... pasal anak... org kat luar tu takan ler xfaham2... faktor usia dan bergantung pada rezki jugak... bertabah ler kak el
Quote pittjie 7-1-2014 08:18 PM
alahamdulillah. semoga istiqamah once dah berhijab. niat dah ada kira bagus la tu. sayang kak ella ketat2.
Quote hayrin86 7-1-2014 08:34 PM
Sesuai! Padan dengan usia!

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.143667 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top