CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Tak Nafi 'Tanggung' Suami

30-1-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16773| Komen: 94

Bukan menjadi satu kesalahan sekiranya isteri menanggung suami... Alasan Raja Azmi Raja Sulaiman itu meskipun agak 'taboo' bagi segelintir pihak, namun ia tidak menjadi duri dalam kehidupan penerbit kontroversi itu.

"Ia bukan menjadi satu kesalahan," ujar Raja Azmi yang mengahwini Mohd Eddie Ghazali pada 14 Oktober 2013.

"Sebagai isteri, saya juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

"Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi," tambahnya tanpa berselindung.

Raja Azmi berkata demikian gara-gara ada dakwaan yang kononnya dia menanggung suaminya. Menurutnya, tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya.

"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami.

"Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya yang menganggap dakwaan itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 30-1-2014 09:52 AM
laki muda dia tu keje ape? bekas gitaris kate nye kan..

kalau bini dah kata tak kisah, biorkan je lah..dia bahagia walau gitu agaknya..
Quote amyainsamad 30-1-2014 09:53 AM
lantak dia..laki dia kn
Quote lucky_peace 30-1-2014 09:57 AM
raja azmi nieyh lak keje ape? kaya betol ke die nieyh? dedulu yela ade syarikat buat komik anak2 sidek... skg nieyh??
Quote siti_kus 30-1-2014 09:59 AM
Yg untung la dia la. Tp suka hati dia la. Hbs kan duit laki salah, tanggung laki pn salah.
Quote peah311 30-1-2014 10:01 AM
lucky_peace posted on 30-1-2014 09:57 AM
raja azmi nieyh lak keje ape? kaya betol ke die nieyh? dedulu yela ade syarikat buat komik anak2 sid ...

produser filem meraban
Quote clarizsa 30-1-2014 10:04 AM
untunglaaaaa.....
Quote burque 30-1-2014 10:05 AM
Kalo pon ko menanggung tutup mulut udahle
Tak habis habis kontroversi pasal laki. . atau pasal filem
Quote lucky_peace 30-1-2014 10:09 AM
peah311 posted on 30-1-2014 10:01 AM
produser filem meraban

ape je filem die uols sampai kaya raya boleh tanggung laki?? rasenye filem die sendu yang amat, rugi lagi adelah kot...
Quote Blues 30-1-2014 10:15 AM
tanggung je la nek azmi selagi mampoo
Quote mzzenma 30-1-2014 10:17 AM
Laki dia jd house husband kah? Ok jah mcm tu..janji depa happy..
Quote SyaAnis 30-1-2014 10:21 AM
janji hepi sudah...
Quote aiskrimpelangi 30-1-2014 10:29 AM
takpela kalau happy jemi oiii.
Quote BelovedTaeyeon 30-1-2014 10:30 AM
Salaam.

Syoklah
Quote user2012 30-1-2014 10:37 AM
Adakah sheolls mengikut jejak langkah Fynn?
Quote haryatie 30-1-2014 10:38 AM
da laki dia..asal bahgia suda..
sendiri redha, sdiri ikhlas buat apa kita nak kisah..
org lain pun ramai jerk tangggung laki..spesis biawak hidup lagik..
Quote setankuning 30-1-2014 10:43 AM
fynn jamal mesti suka

lepas ni budak2 laki lepas skolah takyah pakat2 sambung study dah
dok senam2 jaga body, jaga rupa je
kalo bodoh n miskin pun ada ramai je pompuan2 kat mesia ni sudi amek jadi laki
pompuan2 kat mesia ramai sanggup tanggung biawak idup
asal berlaki dan bahagia katanya
Quote aliaa 30-1-2014 10:46 AM
peduli apa org nak kata...
yang penting kita bahagia..
diorang bukan datang bg duit pun kat kita...
hanya tahu mengata....
Quote penpink 30-1-2014 10:55 AM
Biar je la...asalkan bahagia ...mari bersangka baik
Quote Santeira 30-1-2014 10:57 AM
kalo aku jadi laki dia aku rasa malu dgn statement dia. lol

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.087372 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top