CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sikap Garang Yasmin Hani Berkurang Sejak Kehadiran Noah

30-1-2014 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21093| Komen: 116


Pengacara dan pelakon Yasmin Hani akui sepanjang hamil anak sulungnya, dia menjadi seorang cepat marah dan garang. Tetapi sikap garangnya itu semakin berkurangan sebaliknya hatinya menjadi mudah tersentuh sejak melahirkan cahaya matanya itu yang diberi nama Noah Ismail Wang.

"Masa mengandung memang saya mudah marah dan garang. Pantang ada silap sikit saya mula nak marah. Mungkin juga disebabkan perubahan hormon. Sampaikan saya beritahu suami saya, kadang-kadang saya marah tu sebenarnya saya tak sedar pun apa sebenarnya. Mujur suami saya memahami.

"Tapi sejak lahirkan Noah, perlahan-lahan sikap tu hilang. Saya berubah pula jadi seorang yang mudah tersentuh pula. Kadang-kadang tu bila tengok Noah, saya rasa nak menangis", kata Yasmin Hani ketika ditemui pada sidang media Selebriti Materniti Yasmin Hani di TGV One Utama, petang semalam.


Isteri kepada bekas ahli kumpulan Blackrose, Sha'rin Razali ini juga mengakui sejak bergelar ibu, hidupnya agak kelam kabut memandangkan dia masih lagi dalam proses membiasakan diri dalam menguruskan hal penjagaan putera kesayangannya itu.

Kerana itu, buat masa ini Yasmin tidak menerima banyak tawaran kerana mahu memberi tumpuan pada bayinya yang kini hampir mencecah usia tiga bulan.

"Saya tidak ada pembantu rumah. Jadi saya dan suami lah bergilir-gilir jaga Noah. Dalam awal-awal ni memang agak kelam kabut juga dibuatnya lebih-lebih lagi kalau saya ada pengambaran. Buat masa ini saya kurang ambil tawaran sebab Noah menyusu badan jadi susah kalau nak tinggalkan dia.

"Walaupun penat dan saya tak cukup tidur dek kerana menjaga Noah, tapi seronok sebenarnya bila melihat sendiri perkembangannya dari hari ke hari. Saya pula memang jenis suka ambil gambar dan video. Jadi setiap apa saja perubahan atau peningkatan yang saya nampak pada Noah, saya akan ambil gambar atau rakam video. Sebenarnya daripada hari pertama saya dapat tahu saya mengandung, saya dah mula rakam dan ambil gambar setiap apa yang saya buat", katanya.

Sha'rin Risau Syok Sendiri


Oleh sebab Yasmin gemar mengambil gambar sepanjang kehamilannya, maka tercetus idea pada pasangan suami isteri ini untuk mengabadikan saat-saat bermula mereka menerima berita bakal menimang cahaya hinggalah kelahiran Noah.

Menerusi rancangan Selebriti Materniti terbitan Blublack Production milik Sha'rin sendiri, Yasmin dan Sha'arin berkongsi pengalaman menyambut kelahiran Noah serta informasi berguna kepada penonton terutamanya golongan wanita. Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam.

"Saya dan suami tidak pernah merancang pun nak menerbitkan program ini kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada anak Noah apabila dia dewasa nanti.

"Tapi idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan terlalu banyak, sangat menarik dan kami rasa berpotensi untuk dikongsi kepada umum sekaligus memberi manfaat kepada orang lain," kata Yasmin Hani.

Tambahnya program yang bakal ditayangkan sebanyak empat episod itu memaparkan pelbagai detik sepanjang kehamilannya seperti 'baby shower', pengalaman mengandung, saat di bilik bersalin, majlis cukur dan aqiqah.




43

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 30-1-2014 12:18 PM
Perempuan.. Asyik nk menyalahkan hormon
Quote peah311 30-1-2014 12:24 PM
melinda_kerr posted on 30-1-2014 12:18 PM
Perempuan.. Asyik nk menyalahkan hormon

its normal.

Quote naina 30-1-2014 12:27 PM
Kokosennya anak sheols
Quote munchkin 30-1-2014 12:30 PM
comeyyyyy...eiii gewammm...bobok betul
Quote kaki_palsu 30-1-2014 12:32 PM
comelnyer anak dia..
Quote deananie 30-1-2014 12:33 PM
comel anak dorang nih.
Quote ais_kosong 30-1-2014 01:35 PM
ikut muka yasmin
Quote vionna007 30-1-2014 02:04 PM
eiiii...nak geget pipi bole......
Quote SyaAnis 30-1-2014 02:05 PM
bolatnye... comey lak tuh...
Quote Delfina 30-1-2014 02:08 PM
comeynye nohhhh
Quote redliner 30-1-2014 02:08 PM
gerammmmnya shaarin!
eh noahhhh!
Quote iena_jr 30-1-2014 02:10 PM
comelnya anak dia
Quote nonarona 30-1-2014 02:13 PM
Kiut nyaaa anak diaorg...
Quote alin5054 30-1-2014 02:34 PM
YA ALLAH cumilnya baby dia
Quote aiskrimpelangi 30-1-2014 02:39 PM
sekejap

sekejap

Quote aliaa 30-1-2014 02:40 PM
nape laki dia macam gaya wok doyok jea
Quote makadek 30-1-2014 02:40 PM
Naper aku sebut namenya jadik cam no ah bkn noh
Quote dangharum 30-1-2014 02:46 PM
harap2 kurang sentap la pasni..
kurang meroyan kat insta
pape anakmu meme comey
Quote kamexkame 30-1-2014 02:59 PM
Comel giler like his parents!

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.082691 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top