CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ajai Mengaku Berhabis Rm 28,000 Bedah Hidung

6-2-2014 03:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18776| Komen: 80


Imej terbaharu komposer dan penyanyi Ajai mengejutkan banyak pihak. Bukan sahaja tampak lebih muda dengan badannya yang semakin sasa, bahkan hidungnya yang berubah semakin mancung turut meraih perhatian.

Bercakap kepada akhbar Kosmo!, Ajai, berkata dia mempunyai sebab yang kukuh untuk mengubah imej dan membedah hidungnya dengan kos RM28,000.
"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.


Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang", katanya.
Bukan beliau tidak mencuba alternatif lain tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun menurut Ajai, doktor tidak mengalakkan beliau sentiasa memakan ubat kerana kesannya boleh merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, Ajai terpaksa membuat pembedahan kerana gegendang telinganya sudah rosak dan sinusnya banyak tersumbat di batang hidung.
Tambahnya lagi, belaiu tidak kisah akan pandangan masyarakat terhadapnya asalkan dirinya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa.
"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini", katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 6-2-2014 09:41 AM
pic tu jarak jauh..kena tepek pic close up muka dia
Quote alieyrina 6-2-2014 09:52 AM
Bolehka..aku cm nak pecaya ja alasan dia tu..sabit pun sora dia dr dulu sengauuu  
Quote selendangungu 6-2-2014 09:53 AM
xde pic pun
Quote solstice 6-2-2014 09:55 AM
Teruk jugak sinus ni ye
Kiranya 2 in 1 lah
Alang2 operate terus amik pakej hidung kokesen terus
Quote NAT_11 6-2-2014 09:59 AM
Wekkkk!!!!!!.......................
Mahalnya bedah idung, sampai RM28K!!!!!!!!
With that amount of money, baik beli sebuah apartmen lelong!....
Quote AzzaAzman 6-2-2014 10:00 AM
Sy pun ada sinus... klu habuk terbersin. Nk bedah gaklah... xde yg murah sikit ke yek .
Quote aderaderker 6-2-2014 10:01 AM
Sinus tersumbat dlm batang idong??
Erkk..boleh cayo ke??
Quote nonarona 6-2-2014 10:04 AM
Cer tepek gambo sebelum & sesudah... nak tgk gak bezanya...

Quote blackred99 6-2-2014 10:04 AM
duit byk, apa ada halll..
Quote manehnya 6-2-2014 10:05 AM
mana picca
Quote AmiraLee 6-2-2014 10:22 AM
Matlamat x menghalkan caraa .
Quote zuerinaBP 6-2-2014 10:27 AM
mmg tu cara utk kurangkan sinus...dgn bt operation utk betulkan saluran penafasan kita...
Quote idril 6-2-2014 10:29 AM
dah buat idung pun tetap tak hemsem!
Quote user2012 6-2-2014 10:33 AM
Biarlah dia uolls, duit dia.
Quote lotionmilo 6-2-2014 10:43 AM
mana gambarnya?
Quote ribena84 6-2-2014 10:49 AM
patutlah lagu aduh sayang kurang sengaunyeee hahaha
Quote farahfatihah 6-2-2014 10:55 AM
aah mana gambo nye?
Quote bedahmulutpuaka 6-2-2014 11:02 AM
mahalnya..

yang penting Allah tahu niat dia..

Quote sekel 6-2-2014 11:04 AM
semakin ramai artis 'berhidung' baru................trend nk hidung mancung bak seludang

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.091223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top