|
JIKA anda mengikuti perkembangan pelakon Umie Aida di laman Instagramnya, jarang atau mungkin tiada gambar dia bersama suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dimuatnaik. Ia secara tidak langsung menimbulkan sedikit pertanyaan di kalangan peminat mengenai status hubungan mereka. Menerusi B*Pop, Umie menjelaskan rumahtangga mereka masih lagi dalam keadaan baik. “Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri…kita kan manusia? Masing-masing sibuk. “Rumahtangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuan-Nya. Siapa kita nak cakap andai perceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya.
“Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumahtangga kami. Biarlah bahagia sampai ke jannah,” jelasnya. Betul juga kata Umie itu. Dia pasti lebih tahu hal rumahtangganya berbanding kita sebagai orang luar. |

mizzmimi posted on 2-3-2014 11:51 PM
pelik.. ada prob tulis kat diary cukupla
ni pegi broadcast kat satu dunia apa halll?
lucky_peace posted on 2-3-2014 11:49 PM
buat anak cepat2, at least kalau cerai ade anak kandung bersama yang boleh di jadikan isu pasal hart ...
munchkin posted on 3-3-2014 01:06 AM
buat apa tulis status gitu. ramai je member suka tulis yang sebegitu. kang ada orang masuk jarum, da ...
pegi same2 hubby pulak tu.. Jgnla cerai umie k..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.123072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.